Blogger template

Semua gambar diambil daripada google

Bab pemilihan blogger template ni saya kena teliti sebab saya nak pilih blogger template yang banyak warna putih. Kalau tak warna putih pun tapi warna background kena warna pastel. 

Punyalah saya scroll gooyabi template tu dari satu page ke page yang lain. Dah jumpa apa yang berkenan scroll lagi sampai beberapa kali supaya saya puas hati. 

Template lavender ni saya suka juga. 


Template ni bernama Eliah. Warna background warna pink. Saya suka susun atur blog post dia belah kiri dengan post terbaru paling atas. 


Template ni bernama Oriana. Kalau ada gambar yang cantik boleh la ambil template ni. Kalau gambar yang diambil tu pixel dia tak sharp tak boleh ambil template yang ni. Nanti tak cantik pula bila gambar dipaparkan dalam blog. 


Ini template lama saya. Namanya Impreza. Saya tukar sebab kat bahagian komen tu tak ada function delete untuk komen dari blogger yang dah tak ada blog dah. Maknanya blog blogger tersebut dah tak ada tapi komennya tetap ada di situ. 


Kemudian, google punya google saya terjumpa template ni pula iaitu Ophelia. Namanya sahaja lembut je. Background dia banyak warna putih jadi nampak kemas sikit. Blog post pun susunan dari atas ke bawah. Function delete komen pun ada. Warna pastel je. 


Akhirnya Ophelia ni menjadi pilihan sebab ciri-ciri yang saya nak tu ada. Nak pilih template ni kemain susah la bagi saya. Kadang kat template tu kita berkenan tapi ada design yang kita tak suka pulak....

Ada jugak la beberapa blogger yang saya berkenan template mereka. Jadi, saya pilih la design yang seakan-akan template yang saya suka. 





XOXO,
Ezna






 

13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Cantik dan kemas .. suka juga background putih, nampak bersih ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Lin. Dulu tak berapa suka background putih. Sekarang ni berubah pulak taste suka yang design background dia putih.

      Padam
  2. SA x berani nak tukar template..template SA ni dah lama SA guna..lepas tu SA hire blogger Fiza untuk design sblom ni...risau nak tukar...risau semua setting jadi kelam kabut..cantik template yang Ezna pilih ni...kemas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Sa...kalau dah lama guna dan selesa ok lah. Nanti kalau tukar....ada yang lari pulak coding dia. Ni sebab nak padam komen dari blogger yang dah tak wujud. Tak ada delete button untuk design template yang lama. So far design yang ni senang nak manage.

      Padam
  3. Saya tukar juga sempena tahun baru, saja la kan boring tengok rupa blog sendiri 😄

    BalasPadam
  4. Ana pun sukaaaa template yg bgroundnya putih sbb rasa puasss nak membaca teranggggg ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni Ana....sekarang ni nak yang ringkas je supaya akak tak pening kepala...ikut orang juga la kan...citarasa lain2. Dulu akak tak suka template yang banyak putih ni. Sekarang ni tersuka pulak.

      Padam
  5. Nice template sis..Sy pun rasa mcm nk tukar balik template ni sbb tak boleh masuk coding top commentators ...=(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kadang coding lama tak ngam dengan coding template baru.

      Padam
  6. Cantik, template baru. Saya tengok teman bloggers lain tukar template, saya pun teringin juga. Tapi nak mencari satu-satu yang sesuai tu, boleh naik mabuk saya dibuatnya. 😁

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.