Perjalanan kami ke Kuantan ni bermula jam 9 pagi dari rumah pada 7 November 2026. Bila berdekatan dengan tol Gombak, memang banyak kereta. Lepas tol Gombak tu jam dia membawa sampai ke Bentong. Tudiaaaa.....lebih kurang 1 jam tu kesesakan dia.
Nak buat macamana? Nak kena hadap la kesesakan ni time cuti panjang Deepavali ni.
Kami tiba ke lemang To'ki lebih kurang jam 11 lebih. Jom la kita bersarapan dulu. Sarapan lewat sikit la jam 11 pagi.
Apa yang famous kat sini?
Mestilah lemang kan....ada dengan rendang daging dan rendang ayam. Hubby ambik juga ayam bakar.
Hubby dan Dania top up makan cendol dan saya cuma teh o suam.
Cendol pulut ni susah Dania dan hubby nak menghabiskannya sebab banyak. 😅
Bumbung Lemang To'Ki ni ada akar pokok.
Ramai juga yang makan kat sini terutamanya gang bawa motor.
Ayam bakar ni makan sahaja atau makan dengan lemang pun sedap je.
Selalunya lemang hanya boleh didapati masa Hari Raya kan? Kat Lemang To'ki ni setiap hari Hari Raya.
Lemang dengan rendang ayam. Setiap satu dengan empat potongan lemang.
Ini pula lemang dengan rendang daging.
Lepas tu kami nak singgah makan apa pula?....stay tune...
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.