Tau tak yang sekarang ni ada tempat lepak terbaharu di Putrajaya. Tempat lepaknya atas bukit ya....
Kat mana?
Haa....kat Putrajaya International Convention Center (PICC) tu haa....saya pun baru tahu je ni.
Tempat ini dinamakan Chill. Jadi boleh bersantai-santai sambil menikmati permandangan Putrajaya dari atas bukit.
Tarikan kat sini ialah :
1. Ada live band.
2. Ada jualan makanan dan minuman.
3. Jualan vendor car boot sale.
4. Boleh menikmati permandangan dari atas bukit.
Jom tengok la gerai makanan dan minuman kat sini.
Ada banyak juga gerai makanan dan minuman. Harganya macam ala ala food truck tu la. Takde murah sangat dan saya rasa harganya sederhana dan mungkin mahal juga.
Saya makan Tteobokki. Ada la fish cake, rice cake dan sausage dalam kuah pedas ni. Pedas pun takdelah pedas sangat. Ok je.
Dania makan Sukiya Bowl. Ada daging masak madu, nasi beserta sayur-sayuran.
Ada juga Pizza dari Api ni. Mujur kali ni kejap je tunggu. Chicken Pepperoni pilihan kami.
Early dinner kali ni. Dania masih berbaju kerja lagi. Terus ke sini tak balik rumah lagi.
Ni minuman saya ni. Saya pilih air lemonade. Nak tunjuk bekas air ni cantik.
Bekas airnya berbentuk heart. Ada penutup heart dan straw juga berbentuk heart.
Lepas tu teringin nak rojak buah pulak.
Ni masa nak balik ni. Masih terang lagi haaa....
Kalau nak ke Chill di PICC ni buka hanya hari Sabtu jam 6 petang - 12 tengah malam. Boleh juga bawa picnic blanket atau kerusi healing dengan meja ala nak pergi camping tu. Nampak ramai je bawa sendiri.
XOXO,
Ezna












Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.