Selasa, Ogos 5

Hari ahad yang tenang

Sebelum hantar Dania ke tempat kerja, kami breakfast dulu di Sri Serdang. Dania tak pernah lagi ke food court sini. Hari ni ramai kat sini dengan orang jogging dan kanak-kanak bermain kat taman permainan. Hari minggu kan?...


Bila tengok orang punyalah ramai, kita order nasi lemak je la. Dania takut makan sambal nasi lemak ni sebab takut pedas tapi sebenarnya tak pedas sangat sebab ada rasa manis. Sedap pula rasanya. Nasi tak nampak sebab telur mata dah tutup dia dah. Hubby kata kalau order roti canai...beratur je kertas orang yang order. 


Lepas breakfast, dari Sri Serdang jam 10.05 pagi, tiba kat Alamanda 10.23 pagi. Dania masuk kerja jam 10.30 pagi. Hari ni kerja 4 jam je. Jalan pun tenang je pagi ahad nak menuju ke Putrajaya. Alhamdulilah. 

Hari ni Dania pakai blazer yang beli kat shopee tu. Dalam tu baju T Shirt lengan pendek. Jadi, tak nampak la T Shirt F.O.S dalam tu yang ada tulisan F.O.S. Crew. Lepas ni boleh pakai pergi kelas pulak. 


Kerja baik-baik ya Dania. Semalam boleh pulak Dania ternampak Timbalan Dekan Fakulti Pertanian, Dr. Ju anak-anak serta menantu-menantu dengan cucu kat Alamanda. Mula-mula katanya ada bising-bising. Ye lah family kan....sekali Dania ternampak Dr. Ju. Bergambar-gambar kat area Lilo & Stitch. Dr. Ju ni lah yang meluluskan Dania bertukar course dan dulunya ex Penasihat Akademik (PA) Dania. Bila dah tukar course dapat Dr lain la. Dania tegur ke?. Tak la sebab tengah kerja. Kalau berdekatan mungkin Dania tegur la kan...




XOXO,
Ezna

 

5 ulasan:

  1. Masuk kerja lagi.. alhamdulillah bagus berdikari banyak dania..

    BalasPadam
  2. Semoga Dania happy dkt tmpt keje..Amin...

    BalasPadam
  3. Kerja elok2 Dania... Seronok tengok Dania ni, rajin dan pandai isi masa cuti cari pengalaman kerja...

    BalasPadam
  4. bagus dania dh byk pengalaman keje esp nak deal dgn public kan

    BalasPadam
  5. ramai orang makan dekat situ, mesti sedap ....syok dania kerja 4 jam sahaja.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Barang apa yang dah tiba tu?

Pembelian mengguna e-voucher bernilai RM50 dah tiba. Syampu Himalaya, body mist Cupcake dari Elianto. Ye lah bau dia macam cupcake la.  Body...