Baru-baru ni saya ada pick up kuih dari L'apprenti ni. Kali ni saya order set ayam bakar pula. Set yang saya order ialah Set 1 dan Set 2. Ingat yang Set 2 nanti saya nak pass ke adik saya. Set 1 tu untuk saya. Katanya pick up mula jam 3.30 petang. Lepas pick up nanti terus la menuju ke rumah adik. Takut kalau lewat sikit jalan jam pulak sebab hari jumaat kan....nanti nak kena lalu depan IOI City Mall tu...kedua-dua arah jam.
Sempat la saya pick up jam 3.45 petang. Kemudian kawan Dania nama Zalilah whatsapp kata free ke hari ni kat Dania sebab nak ajak berbuka. Saya ok ajer janji tempatnya saya nak hantar tu saya familiar.
Untuk adik saya ni seekor ayam bakar dimasukkan dalam plastik ziplock. Ada satu bekas sos black pepper juga. Adik saya ni rumahnya ramai orang jadi seekor ayam ni harap-harap mencukupi la. Boleh la tambah lauk-pauk yang lain jugak.
Sos black pepper.
Ni kat depan rumah adik. Dania hantar kat Sofiah anak saudara saya. Baru je balik dari UIA, Gombak. Ni tengah tunggu duit raya yang adik saya pass kat adik Sofiah nama Musyafee. Seronok Dania tunggu duit raya ya. Hehe. Boleh la buat belanja buka puasa nanti. Ummi tak payah la bagi duit. 😁
Ni lah seekor ayam bakar yang saya order untuk family kecik kami. Masa berbuka dah la berdua dengan hubby je sebab Dania berbuka dengan Zalilah.
Set saya order didatangkan dengan nasi butter, sayur salad dan kuah black pepper. Ayam ni siap boleh taruh masa bersahur lagi sebab big portion.
Sedap nasi butter dan ayamnya. Perapannya terasa. Hubby kata murah la dengan harga RM35 dapat set yang ini. Katanya makan untuk 3-4 orang.
Jadi, iftar untuk hari jumaat settle la. Tiba ajer rumah, saya order kat Grab pula untuk adik saya lagi seorang. Disebabkan temanya ayam jadi saya order la 1/2 ekor ayam peri-peri untuk adik saya ni. Isi rumah tak ramai sangat jadi harap-harap dapat la top up dari juadah yang sedia ada. Kebetulan adik cancel order nasi goreng sebelum tu yang takde driver nak hantar ke rumah. Saya pula order Mediterranean rice untuk sides. Jadi ngam la makan dengan ayam tu. Grab yang menghantar juadah ke rumah adik saya pula cepat. Dijangka tiba ke rumah adik jam 7.03 malam jadi cepat pula....6.30 petang dah tiba rumah adik. Alhamdulilah....
Malam pula, Dania dapat duit raya dari kawan saya pula...alhamdulilah. Beliau transfer ke akaun saya. Rezeki Dania la murah bulan puasa ni ya.
XOXO,
Ezna

Besar, ayam sekor. Berbaloi sanfat dengan harga dan rasanya. Alhamdulillah.
BalasPadamAlhamdulilah Amie. Harganya berpatutan dan rasa ayam dan nasi tu ngam. Alhamdulilah.
PadamNampak lembut elok ayam bakar tu... Alhamdulillah berkongsi rezeki dgn adik beradik, besar pahalanya
BalasPadamMoga baik2 ajer untuk kita semua ya. Ayam bakar tu saya potong dengan pisau je memang lembut dah tu.
Padamnampak sedap la ayam tu ezz!! salam 25 ramadn utk u ezz :)
BalasPadamPerapannya sedap. Alhamdulilah. Keluarga kecik I boleh makan sampai sahur la you. Potongannya besar.
PadamMurah lah RM35 untuk set tu Ezna
BalasPadambila tgk ayam sekor gitu dh mcm kt bakers cottage
BalasPadamBerbaloi dgn harga. Yg penting sedap!
BalasPadamAlamak...nampak sedap plak ayam bakar tu
BalasPadamNampak berbaloi sangat tu Kak Ezna...tengok ni kan buat saya nak mencarik jugaklah ayam bakar@golek hihi
BalasPadamMuraah lah kak. Ayam seekor soalnya. Di sini kalau seekor lebih mahal harganya. Tp Krn di rumah saya pun hanya 4 orang, dan Raka juga LBH sering makan di kantor, jadi saya lebih suka beli per piece kalau ayam. Takut tak habis kalau seekor.
BalasPadamHarga berbaloiii
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.