Taktik licik scammer guna gambar AI

Dekat threads ada orang share, dia kena scam beli lightstick BTS yang dipanggil Army Bomb. Scammer suruh dia transfer duit lagi sebab katanya barang ditahan di kastam dan scammer bagi gambar ni kat whatsapp. 

Dalam gambar ni ada beberapa red flag yang perlu diperhatikan. 

1. Gambar scan Army Bomb tu bentuknya macam teddy bear. Bentuk army bomb tu lain. 
2. Sticker yang ditampal pada kotak tu macam tak betul lekatannya. Macam timbul atas kotak.
3. Gambar Namjoon anggota BTS yang agak janggal / pelik. 

Gambar yang dijana AI ni ada juga ketidaksempurnaan. Kita kena perhatikan betul-betul. Secara kasar nampak macam betul tapi sebenarnya palsu. 


Whatsapp yang diterima juga agak fishy sebab menggunakan bahasa Indonesia seperti sertifikat, uang, bank balik & menit. Lepas tu menekan pula suruh buat transaksi secepat mungkin takut kes dibawa ke polis. Haaa kalau menekan-nekan ni pun kena alert jugak ya. 

Kalau deal pembelian dengan orang Malaysia, pastikan red flag jika tengok bahasa yang digunakan. 


Akhirnya dia transfer juga...mulanya RM500 kemudian scammer up lagi RM1200. Lesap dah la duitnya tu. Ni bukan tentang negara ke apa ya tapi kalau kita deal pembelian tu kena perhatikan la apa yang pelik dan tak kena tu kan...

Gambar yang sama juga pernah dijana menggunakan AI untuk scam pembelian lightstick BTS juga. Tapi...ini menggunakan uniform kononnya kastam Malaysia pula. 

Red flag kat sini bila kononnya Kastam Diraja Malaysia menggunakan talian peribadi. Selalunya mereka menggunakan talian pejabat dan bukan talian peribadi. 


Semua gambar diambil dari Threads. 

Sentiasa berhati-hatilah kawan-kawan ya. Moga kita dilindungi dari mereka yang berniat jahat.




XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.