Kalau bab kena ambik gambar ni kelas Dania yang sekarang ni ok sangat-sangat. Mereka plan la hari ni kena pakai baju raya. Ada je yang tak pakai. Ada juga pelajar cina yang sporting pakai baju kurung. Tak wajib pun tapi mereka willing nak pakai.
Gambar semua dari kamera kawan-kawan Dania dan saya tak ambik pun gambarnya. Dania je share kat saya.
Lecturer yang depan bertanduk tu. Kebetulan pelajar belakang buat peace. Udah macam tanduk ya... Lecturer bernama Dr. Nur Bahiah Binti Mohamed Haris yang mengajar subjek Livestock Extention. Untuk subjek ni kelas Dania plan untuk berkolaborasi dengan sekolah menengah yang terpilih dan akan membawa beberapa haiwan eksotik dan ada talk juga. Errr reptilia yang Dania paling takut iaitu ular pun ada. Last sem, senior buat kolaborasi dengan Pusat Ekuestrian. Belajar tentang kuda.
Sebenarnya ada banyak lagi gambar dalam 30++ tapi pilih-pilih je ni. Kelas Dania ni memang perempuan mendominasi ya. Ada 46 orang, 10 pelajar lelaki dan selebihnya pelajar perempuan.

Port ni selalulah dijadikan port ambil gambar. Rasanya belah kiri tu Pejabat Pengurusan Fakulti Pertanian.
Pelajar depan belah kiri sekali yang tak pakai baju raya ni pelajar dari China. Pelajar baju hitam belah kanan pula pelajar dari Terengganu Malaysia pun tak pakai baju melayu 😅. Tak wajib tapi saje suka-suka je.
Bila tanya kenapa Dania tak berdiri kat depan? Katanya sebab yang rendah berdiri kat depan.
Anak ummi kena berdiri belakang. Nampak la sedikit je kepala tu haa....
Moga kamu semua berjaya dalam program Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian ini sehingga ke garisan penamat ya. 😍
***Insya Allah hari ni, saya, hubby & Dania akan membersihkan pantai. Pantai mana?. Stay tuned.....nanti saya share.
XOXO,
Ezna
Gambar beramai-ramai dan semua dah siap dgn baju beraya mmg cantik sangat.. dah kenapa yg dri ganu pun tak pakai baju raya hihii..
BalasPadamItulah pasal. Terlupa agaknya.
PadamCantik gambar berlatarkan pokok-pokok, nampak lebih hidup.
BalasPadamJoin aktiviti bersihkan pantai ya? 👍
Ya gambar kat luar dengan pokok tu lagi nampak cantik.
PadamYa hari ni join aktiviti bersihkan Pantai.
Mesti yg tak pakai baju melayu tu nyesal, tengok kawan² semua segak bergaya hehe
BalasPadamTak sabar nak dengar cerita pasal bersih pantai tu 😍
Haha....memang ya la PH. Terlupa agaknya tu kena pakai baju melayu. Kawan2 dari negara China pakai baju apa yang ada. Ada seorang dari Bangladesh tak masuk frame sebab datang lambat.
Padamnice pics sbb majority pakai baju raya tu!! kat dlm class law pun, memanh majority girls la ezz...boys memang sikit jer...dlm quarter jer roughly, cthnya kelas 40 org, 30 girls, 10 boys
BalasPadamI rasa ramai girls masuk Uni. Tapi untuk program lama Dania dulu Bacelor Sains Perniagaantani Dengan Kepujian, sama rata girls & boys. Lain2 masih girls ramai.
PadamCantik foto outdoor tu, handsome dan sweet semua nya.
BalasPadamPhoto outdoor lagi menarik kan Mulan dari indoor.
Padamwaahhh meriahhhhh foto berbaju raya wlupun ada yg takda baju raya tetep meriah! hehehe
BalasPadamIan & Iris pun ada jamuan raya last week, nanti MA share kat blog..simpan wat kenangan .. kan
BalasPadamBackground nya memang baguuuus. Yg di depan gedung atau yg di depan pohon2 pun sukaaaa lihat ya 👍❤️❤️. Dan mereka memang sporting banyak yg pakai baju raya yaaa.
BalasPadam