Hubby kebetulan ada beli ikan siakap dan nanas jadinya....terjadilah lauk ikan siakap 3 rasa. Pilih ikan siakap yang sederhana sahaja. Kita goreng ikan siakap yang teah dilumur garam sikit, serbuk kunyit dan tepung jagung. Sebelum lumur ikan tu, kena keringkan ikan siakap dengan tisu dapur dulu supaya salutan boleh melekat kat ikan.
Ikan siap goreng dan ini kuahnya. Asingkan dulu tunggu dekat2 nak berbuka baru curah atas ikan. Tak letak semua kuah la. Ada tinggal juga dalam bekas kaca ni. Nak kuah ambik je. Nanas ni memang sedap sebab manis. Ada lebihan nanas sebab masak acar jelatah baru2 ni. Kita pun carilah hidangan yang ada nanas.
Kuah setelah dicurah atas ikan. Ikan ni cacat sikit...ekornya terpotong masa goreng. Hehe.
Ni yang diletak garnish atas ikan.
Ada juga kangkung goreng belacan.
Ini je lah rezeki kami pada hari kesembilan.
XOXO,
Ezna
Nampak macam makan kat kedai, tapi pinggan tu bukti masak sendiri, hehhe. Sedapnya siakap tiga rasa.
BalasPadamMasak sendiri. Hehe.
PadamCie pun pernah terpatahkan ekor masa nak terbalikkan ikan. Hihi. Bila hidang nampak la cacat kan. Padahal tak makan pun ekor tu.
BalasPadamBiarlah nampak cacat pun ya...nasib baik kita je yang makan....
Padamkangkung goreng ni sedap kalau dpt judu dgn ikan kerisi goreng👍👍👍
BalasPadamFuhhh pun sedap tu Anies....
PadamSedap sangat ni Kak Ezna..
BalasPadamBuat sendiri, bahan kita leh lebihkan.
Padamalhamdulillah, sedap tu ezz. dan best sbb home cooked!
BalasPadamsiakap sweet sour fav..sama la kita kena buat extra kuah selain yg utk tuang atas ikan...sbb smua suka kuah banjir
BalasPadamSedap sangat ni Ezna.
BalasPadamSaya sukaaaa ikan masak 3 rasa. Tp tak mungkin masak sendiri. 🤣🤣. Apalagi takut sangat kalo dah goreng2 trutama ikan. Minyaknya meletup kemana2 😂. Memang kalo nak ikan, saya memilih beli kak. 🤭
BalasPadam