Khamis, Mac 27

Bertukar kuih muih dan kisah hantu?

Lepas ke Rumah Kueh Kak Zu, terus ke rumah kawan saya. Saya order tat nanas...dapat pula sebalang almond london. Alhamdulilah. 


Saya balas dengan kuih apam beras Rumah Kueh Kak Zu. Alhamdulilah...masing-masing dapat kuih masing-masing. 


Sempat berborak sekejap dengan kawan saya ni. Anaknya ada paper final kat sebuah universiti di Cyberjaya. Sorang2 dalam bilik. Tengah study, tiba2 white board kena ketuk. Apa lagi anaknya tutup lampu terus tidur. Hai la hantu kenapa la nak kacau-kacau orang tengah study ya?. Selama ini memang ada juga gangguan cumanya time tu ada ramai la kawan2 sebilik tu. 3-4 orang kot. Ni dah sorang-sorang seram jugak kan?. Tak tunggu lama dah. Habis je paper terus anaknya minta kawan saya ni pick up dari hostel. Tak sangka pula kat M** tu ada hantu jugak ya.....

Rasanya kalau syaitan semua dah berikat bulan puasa ni, ni mungkin jin la kot. Entah la ya....apa-apa pun sejenis makhluk yang tak nampak la. You alls rasa apa ya?. 



***Setakat blog ni ditulis, dah merasa la tat nanas kawan saya ni lepas berbuka. Sedap. Kejap je beberapa lapis tu dah habis. Hehe





XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. Bestnya tart nenas..SA xde banyak kuih raya, apa yg ada je 3-4 jenis...

    BalasPadam
  2. Tart nenas, kalo di sini sebut nastar. Memang wajib ada kalo lebaran. Saya ada pesan 3 toples 🤣. 1 utk asisten saya, 2 buat saya. Tp pesan kue2 lain juga.

    Lama2 kalo dah biasa, sebenarnya JD tak seram kak. Dulu saat saya masih tinggal di Chinese family saat di Penang, itupun agak seram rumahnya, rumah tua pula. Tp Krn mereka baiiiik sangat, dan rumahnya dekat kampus, saya tinggal jalan kaki, saya tetap duduk Kat sana.

    Lama2 biasa, tak lagi seram. Lagipun penunggunya hanya sekedar ketuk2 hahahhaa.

    Kalo di rumah saya malah suka iseng. Tp anehnya dia iseng ke asisten saya, bukan ke saya. 🤣😅. Pernah kipas dijatuhkan. Pintu tertutup tiba2. Tp tuhlah asisten saya pun tak takut orangnya. Lama2 JD biasa 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iseng tu apa Fanny?. Tunjuk diri dia ke?. Wahhh sampai tak takut ya asisten Fanny. Kalau boleh, kakak tak nak nampak / jumpa pun. Wow banyak kueh yang Fanny order ya.....

      Padam
  3. Cie tak makan nenas jadinya tak makan la tart nenas. Tart blueberry je makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kalau blueberry tart tu akak pernah rasa. Sedap juga Cie cumanya yang jual blueberry tart tu kurang berbanding tat nanas.

      Padam
  4. Wallahuahlam makhluk apa pon itu hanya Allah yg Maha Mengetahui. Semoga tak trauma la anak kawan tu.

    Tart nenas mmg berhantu. Dulu masa arwah mama rajin buat kengkadang tak sempat jadi tart, jem yg homemade tu dah kitorang sapukan atas roti pastu makan. Sudahnya tak jadi tart kengkadang tu sbb bukan senang nak buat jamnya tu

    BalasPadam
  5. Dia nk "temankn" study kot..Eeeee..Syerammm

    BalasPadam
  6. tart nenas feveret Bong! Ana lebih pd tart cadbury hehe.. aduhhhhai hantu bln puasa pun ada lagi ye hehe

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...