Fabric Recycling Bin

19 Mac 2026, sempat lagi la ke Masjid UPM untuk meletakkan 2 plastik yang berisi baju dan hijab saya dan Dania. Masih elok-elok lagi sebenarnya. Ada lagi tong besar kat depan Masjid UPM ni. 


Ni Dania masukkan plastik hijab. Hijab yang tak nak pakai lagi mungkin terlebih warna...


Ni pula plastik berisi pakian. Agak berat juga. Nasib baik besar lubang nak masukkan pakaian ni. Kosong dah tong ni sebenarnya. Baru diambil la tu. 


Hari ni contractor semua balik awal sebab pekerja kerajaan half day hari ini. Jadi hubby balik awal la hari ni. Ingat nanti lepas berbuka, malam sikit nak bertolak dah ke utara. 

Jalan kat highway berdekatan UPM pun dah banyak kereta dah tu. Harap2 malam karang tak banyak la kereta. 

You alls dah bercuti ke tu?. Hati-hati di jalan raya dan Selamat Hari Raya. 




XOXO,
Ezna





 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.