War tiket buat BTS Army | Berjaya ke?

Pada 3 Jun 2026, jam 10 pagi dah kena menunggu kat waiting room Go Live Asia. Event berebut tiket ni start jam 11 pagi. Beberapa hari sebelum dah study dah 😅. Event ni sempena presale tiket untuk BTS Army sahaja. Kena daftar di Weverse dan buka akaun di Go Live Asia. Kena ada nombor BTS Army la...ni memang dah settle awal lagi. 

Saya battle kat rumah. Dania kat Fakulti la....sempat lagi tu cumanya Dania sekejap ajer sampai jam 2 petang. Saya tanya Dania siapa kawan-kawan yang pergi?. Dania kata tak ada kawannya yang pergi. Tak ada yang battle pun tapi ada seorang kawannya nampak Dania battle tiket....


Bila dah dekat 1 minit untuk ke sale saya refresh la banyak kali. 


Ni dalam queue. Takde nombor tapi bukan orang terawal la. Bila merah tu kat hujung baru la turn kita nak beli tiket. Ada 1.2 juta ya tengah queue dan dalam hati macam tak letak harapan tinggi la. 


Jam 3.37 petang baru boleh beli tiket ya. Tengok la menunggu dari bila....bukan la menunggu tu je tapi macam-macam la boleh buatnya. Selesaikan yang wajib....makan etc...Dania time ni dah tak online dah sebab ada test pula dijadualkan jam 2 petang. Semuanya atas ummi seorang....😭

Kena masukkan nombor BTS Army dan kemudian ada jam. Kena gerakkan jam mengikut yang dia tulis. Eleven Fifty Nine. Tengah panik ya....2-3 kali tak betul jarum jam 11.59 percaya tak?. Akhirnya saya dapat tembus juga. 

Contoh jam yang kita kena gerakkan dengan click slide tu. 

Credit : Google


Kalau nampak hijau ni kosong la tapi bila click tak boleh. Tak banyak pun seat kosong. 


Boleh dikatakan semua seat penuh ya. 




Lama-lama give up la saya. Tapi.....jam 1.30 petang sebelum tu, bila saya tengok line saya beratur tak sampai 1/2 pun....saya scroll threads dan.....terjumpa seorang ni dah secure 4 seats untuk anak dia. Anak gi kelas, so dia tolong queue untuk anaknya.....2 kawan tak jadi pergi. Saya pun tanya punya tanya....of course ya harga tiket akan naik sikit (mark up). Dari saya tunggu buah yang tak mungkin gugur.....saya try call Dania just before jam 2.00 petang nak test tu. Dania kata ok je seat tu dari tak dapat langsung. Siap saya cakap kat dia jangan jual dulu ya....nak call anak....saya tulis kat personal threads la.  

Dan.....ya....2 tiket Cat 2 (Category 2) menjadi milik saya dan Dania. Insya Allah. Masa ni tak kisah dah area mana janji pergi je....First time in our lifetime ni. Dan....ini beriya sangat ni sebab Dania memang minat dan saya lebih percaya kalau saya yang ikut dari Dania pergi dengan kawannya....Cat 2 ni kat area berwarna pink. Lepas tu tahu tak....dia dan family akan bercuti ke xxx sebab ada event dan dia sendiri minta saya tengok-tengokkan anak dia dan kawannya. Anak dia 20 tahun dah sebenarnya. But perempuan kan...kena tengok2kan juga la....kalau Aunty Ezna ni tau je la....silap2 wefie semua ada nanti. 

Dan.....petang tu ambik la Dania kat Fakulti...macam tak sangka dan teruja pada masa yang sama dan terkejut pun ya jugak....tiba rumah saya nak save nombornya dalam phone dan....eh eh typing pula....rupa-rupanya.....dia minta nombor akaun saya sebab nak transfer certain amount. Banyak juga sebenarnya....katanya dia serba salah dan kesian ambil lebih sikit so dia transfer balik kat saya. Ya Allah....ada juga orang macam ni ya?. Saya pun amat berterima kasih kepadanya dan Insya Allah akan tengok-tengokkan anaknya nanti sebab kami duduk berempat sederet. 

Dan....eh eh to my surprise ada juga kawannya terdiri dari orang yang saya kenal....semua saya belek...threads beliau, ig dan facebook. Dan...dalam bidang media ni juga tapi rasanya bukan blogger. 


Moga baik-baik ajer semuanya. Konsert lambat lagi 12 & 13 Disember 2026. Dan Dania dengan tenang menjawab soalan test Animal Breeding petang tu.....

Saya sekarang tak suka juga nak stress ni....memang stress tahap teruk ni dok war tiket ni......nak tenang-tenang ajer sebenarnya.....akhirnya war tiket untuk akaun saya kat Go Live Asia tak berjaya pun.....secure pun sebab beli dari orang...

Ada sesiapa yang ada pengalaman war tiket konsert?. Just hairan...pukul berapa masuk line?, kena laju ke internet?....faktor apa yang menentukan kita paling awal dalam line?....persoalan yang saya sendiri pun tak boleh nak jawab. Tapi bab paling tak berapa berkenan saya ada baca kat threads yang ada orang dari negara luar yang menggunakan platform lain untuk battle tiket di Malaysia. Tu yang seat hot cakes depan-depan sold out. Tak sure macam mana sebab official ticketing hanya di Go Live Asia sahaja. Hmmmm.....





XOXO,
Ezna




    






 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.