Perjalanan balik kampung pun bermula

Maaf ya lama pula tak bersiaran dari blog ni. Sibuk berhari raya. Bila malam pula badan pun penat ditambah pula wifi yang macam siput je....

Ok...kami pulang ke kampung halaman pada hari khamis 26 Mac 2026 setelah hubby settle dengan jemaah surau yang nak bayar zakat dan kemas-kemas surau. Lepas keluar rumah tu kat Gate 1, Putrajaya ada orang jual lemang. Tiap tahun kat sini. Singgah beli lemang dulu kat sini dan siap-siap suruh potong masukkan dalam bekas kedap udara kami. 


Singgah moreh kejap kat Q Bistro. Hubby nak minum minuman panas nak bagi segar sikit sebelum memulakan perjalanan. Ada juga makan kat sini. 


Ni masa kami tiba R&R Tapah kalau tak silap. Nak bersahur kat sini tapi punyalah ramai orang nak bersahur. Tiba pun dalam 4 lebih pagi camtu. 

Dah siap tapau telur rebus, daging masak Opah saya, nasi dan lemang dah. 


Masa ni dah lepas solat subuh dah ni. Nak tunggu hubby sebab kunci ada kat dia. Pokok kat depan tu banyak burung tu dan bunyi bising ya amat. Janganlah parking bawah pokok kat R&R tu kalau tak nak kenderaan kita jadi jamban burung-burung ni. Kami nak tidur kejap pun tak boleh sebab bising bunyi burung-burung ni jadi kami meneruskan perjalanan. 


Lepas ni kami tiba kat penginapan kami dan kami iftar tema picnic kat mana tu?....



XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.