Breakfast pagi di Putra Brasmana, Kuala Perlis ni ok la. Banyak juga pilihannya.
Kalau tengok dari luar hotel ni nampak ok je.
Apa yang negatif :
1. Masa check in bilik, tuala tidak disediakan. Kena mintak baru dapat tuala.
2. Tuala pulak laih beno kot. Ada berlubang 3 di hujung tuala. First time hotel bagi tuala berlubang. Memang tak jaga kualiti ke hotel ni? Patutnya kalau tuala dah koyak kena ganti baru la. Barulah proper kan.
3. Bila masuk bilik sah sah ada lubang yang boleh nampak secara kasar pada selimut hotel.
4. Tandas pun ada kesan2 kulat yang tidak dibersihkan. Hmmm...
5. Lif agak sempit. Mungkin boleh muat dengan selesa untuk 2 orang dan tepi dinding lif tu macam ala ala plywood yang berlubang di bahagian bawah. Dania cakap macam lif construction.
6. Ruang lobi ada satu sudut agak usang kerana kesan kehitaman pada dinding. Ni yang first orang tengok bila nak daftar. Sambil menunggu tu permandangan yang tak indah la bagi saya.
7. Bunyi angin agak kuat dan menakutkan. Mungkin sebab ketiadaan pokok tinggi depan hotel. Malam-malam bunyi uuuuuu....uuuuuu.....seram oh....
Apa yang positif :
1. Bahagian reception yang membantu. Kalau ada pertanyaan mereka dapat bantu kita.
2. Breakfast spread yang banyak pilihan.
3. Lokasi yang berdekatan dengan jeti ke Langkawi. Memudahkan untuk menginap sebelum menaiki roro / feri ke Langkawi.
Kena ada penambahbaikan la untuk hotel ni. Bukan semua negatif ada juga yang positif tapi lebih bagus juga jika penambahbaikan dibuat untuk yang negatif di atas.
Ada sesiapa yang pernah menginap di sini?
XOXO,
Ezna
Pernah menginap di sini tahun 2010 rasanya. Teman anak soleh dan team action song sekolah rendah wakil Terengganu. Ingat nama hotel je. Lupa yang lain2
BalasPadamratenya berapa ezz? rating berapa star tu? 3 star ker? sbb nampak mcm lebih kurang hotel seri msia jer tu
BalasPadamBanyak yang -ve ni seram jugak nak check in.
BalasPadamNak kata hotel ni tak laku macam ramai pulak tetamu yg menginap di hotel ni. Sepatutnya boleh je jaga kualiti perkhidmatan hotel ni. Mungkin kalau ada hotel baru yg bersaing dgn hotel ni, baru dieorg upgrade fasiliti hotel kot.
BalasPadamsygnya kualiti tak dijaga..x pernah jumpa hotel ni masa kat sana...
BalasPadamHotel kalau tak salah dah memcecah usia 30 ke atas .. kalau facilities semua terjaga memang selesa .. sebab ni salah satu hotel besar sikit la area kuala perlis ni .. kalau keadaan bilik terjaga sure customer akan selesa ..sebab situ dekat dengan jeti Untuk ke Langkawi
BalasPadamSaya tidak pernah menginap mana2 penginapan di negeri Perlis
BalasPadamSaya pernah stay di hotel yg handuknya berlubang, 🤣. Tp kalau putra brahmana ini bukan chained hotel kan. Hotel yg saya inapi chained hotel internasional, Wyndham hotel 🤣🤣🤣. Di banyak negara pun ada. Dan berani2nya mereka kasih handuk berlubang hahahahah. Memang saya tulis di review lah.
BalasPadamHotel yg kakak inapi ini mungkin hanya ramai di saat peak season yaa. JD mereka maybe lah, terbatas dalam hal keuangan. Makanya banyak hal yg perlu diperbaiki.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.