Saya ada urusan di Bandar Baru Bangi dan lalu Steers & Debonaires Pizza. Kebetulan baru lepas hujan. Jadi, saya lapar la. Kalau tengahari saya tak lapar...selalu saya tak rasa nak makan.
Steers & Debonaires Pizza ni kat dalam stesyen minyak Petronas. Dibuka pada Disember 2025.
Teringin nak makan pizza....
Saya order pizza chicken....eh sedap jugak la. Ni saiz kecik je ni. Saya makan 2 slice dah kenyang. Didatangkan juga dengan chicken popcorn. Dia bagi juga chilli flakes. Chicken popcorn ni rasanya macam brand Ayamas punya chicken popcorn.
Hairan juga saya....pizza ni cheese dia punya banyak. Saya kurang suka makan cheese tapi bila letak dalam pizza saya suka pulak....😅. Try la....ada banyak perisa....next time boleh try burger Steers pula.
Tiba-tiba boleh teringat kawan2 yang Dania baik kat kelas. Ok lah beli la 4 box ni. 3 box untuk kawan-kawan Dania dan 1 untuk family kami. Dah disediakan mayonis sekali.
Cakap dengan Dania suruh minta kawan2 Dania stay sekejap lepas kelas sebab ummi nak pass chicken popcorn. Sos cili tu memang ada sedia jadi kena layan diri masukkan dalam bekas bulat kecik ni. Saya ambik la 4 bekas.
Siap dah chicken popcorn seorang satu. Bila Dania cakap ummi nak bawa makanan, mereka kata lapar sebab hujan kat fakulti. Memang tau tau ajer Aunty Ezna pun bawakan makanan. Haha sebab Aunty Ezna pun lapar juga.
Farah siap simpan sikit sos cili tu sebab dia kata sedap. Esoknya buat cicah fries pulak. Saya...kalau tiba-tiba terasa nak share, saya akan share....tak kira masa apa pun tapi bukan selalu....sesekali je...
Sebenarnya ni pertama kali saya dengar makanan segera jenama Steers & Debonaires Pizza ni. Dibawa masuk oleh Petronas Dagangan Berhad ni. Jenama makanan segera yang famous dari Afrika Selatan. Macam ada 2 je cawangan setakat ni iaitu di Petronas Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan Petronas Mutiara Damansara (berdekatan IKEA) yang merupakan cawangan pandu lalu pertama di Malaysia.
Steers & Debonaires Pizza ni merupakan 2 jenama makanan segera yang berbeza. Steers makanan utamanya menghidangkan burger dalam menunya manakala Debonaires pula pizza.
Oh ya....ada halal dari Jakim ya. Makan tanpa was-was....👍
XOXO,
Ezna






Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.