Ar Rahnu di Pejabat Pos kena buka seal

Umum tahu kan kat certain Pejabat Pos ada Ar Rahnu Pejabat Pos. 


Dulu...kalau Ar Rahnu di Pejabat Pos, kalau nak ambik balik emas sikit-sikit boleh.  Contohnya kalau ada 1g emas ni 5 keping....kita boleh bawa keluar 1g atau sekeping bar emas ni. Maknanya bukan tebus semualah. 

Kemudian Ar Rahnu Pejabat Pos buat rules baru pulak....tak boleh ambik emas sikit2. Kalau kita ar rahnu kan 5 keping emas 1g...kena ambik semua pulak dah.
 
Kemudian....ada peraturan baru iaitu emas Public Gold 2g ke atas kena buka seal kalau nak ar rahnu kan. Bar emas 1g tak kena buka seal. Latest rules selepas itu....SEMUA bar emas Public Gold kena buka seal tak kiralah 1g ke apa ke....SEMUA kena buka seal. Ini sebab kes penipuan bar emas Public Gold la ni. Disebabkan kes ni dah menyusahkan semua orang. 

Eh dah makin mengarut pula rules dia jadi memang saya keluarkan semua bar emas saya. Tak simpan sikit pun kat Pejabat Pos. 

Gambar sekadar hiasan je ni sebab kedua bar emas ni 0.5g dan bukan 1g. Ni bar emas Dania dari duit kerja dia. 


Kekurangan buka seal bar emas : 

1. Susut nilai lagi tinggi la sebab emas diklasifikasikan kepada emas terpakai. 

2. Harga jual semula rendah la sebab seal dah terbuka kan....

3. Kalau seal dibuka memang ada risiko emas kita calar dan rosak.

4. Bar emas susah dijual kepada pengumpul emas. 

Jadi...nak buat Ar Rahnu kat Pejabat Pos ke?. Bye bye la jawabnya. Banyak lagi Ar Rahnu di pasaran selain Ar Rahnu Pejabat Pos. 

Ada yang buat Ar Rahnu? Letak emas kat Ar Rahnu mana?. 




XOXO,
Ezna


 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. so far i tak pernah lagi letak gold bar kat alrahnu...i cuma letak my bling2 jer...i guna alrahnu express ezz (under habib)...ni pun ada 2 items yg masih dlm alrahnu (haaa kan ari tu i gi tokyo..ongkosnya dari duit pinjam alrahnu tu laa..so now nak kena gigih byr bulan2..lambat lagi nak abih byr/tebus brg2 i tu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh you guna Al Rahnu Express. Reason I tak letak bling2 sebab kena bayar sekali derap harga bling bling tu. Kalau letak 1g...1g....banyak keping at least boleh keluarkan sikit2 tapi sekarang kat Pej Pos dah tak boleh keluarkan sikit2 dah. Dia nak keluarkan semua terus DAN seal emas untuk gold bar kena bukak. Rosak la gold bar kita. Bila dah rosak nak ar rahnu balik macam mana?

      Padam
  2. Tq info Ezna.
    Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya akak siap cakap sekeh kepala yang buat tu. Geram la.

      Padam
  3. Oh. Kes apa smp Pejabat Pos kena buat peraturan baru tu? Teringin pulak nak tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab katanya ada kes penipuan emas Public Gold ni Carneyz. Dia claim emas tapi sebenarnya bukan emas. Tu lah jadi peraturan demi peraturan. Hishhhh

      Padam
  4. Tak pernah lagi buat ar rahnu kak..gold bar pun takde...ada 10g je, hasil mukat² dulu..sekarang ni semput nak mukat...hihi...
    Syg la ken buka seal, siapa je lah yang buat jahat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10g tu ada tu....sebenarnya buat Ar Rahnu ni kena ada tujuan la. Bukan saje2 nak Ar Rahnu. Cth macam nak bayar fees Universiti, nak tukar tayar ke....camtu la. Memang sayang kalau seal dibuka jadi tu pasal tak tinggal 1 pun kat Pos Malaysia ni. Keluarkan semua.

      Padam
  5. Tak pernah lagi ar rahnu kan emas ni. Pernah dengar staf Cie dia ada letak juga tak ingat ar rahnu ke apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh....staff Cie tu ada pengalaman Ar Rahnu la....

      Padam
  6. baru tahu ada isu emas palsu di public gold. saya pun penyimpan emas PG, biasanya beli direct dari website je. menjadi-jadi kes penipuan sekarang ni.
    hm so far tak pernah pajak emas lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la macam akak sebab member jadi beli dalam website je. Masalahnya ada yang guna PG Gold Bar palsu untuk pajak kat Ar Rahnu Pejabat Pos. Tak tau la dia klonkan emas tu camne ke.....Akhirnya Pejabat Pos buat syarat ketat dan menyusahkan orang lain.

      Padam
  7. Ar rahnu ini apa yaa? Sama dengan Gadai kah? Atau tempat jual beli gold bar ? Saya kalau gold bar memang simpan di safety box di bank kak.

    Ternyata tak di sana, tak dj sini, adaaa saja case penggelapan emas ini yaa. Indonesia sempat heboh juga ttg case penggelapan emas.

    BalasPadam
  8. SA x pernah lagi letak emas kat Ar Rahnu mana- mana...mana- mana skrg cubaan menipu tu memang ada la...geram aje baca

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.