Dapat fresh dari adik saya yang pergi F1. Adik saya pergi semuanya 6 orang. Ni adik saya kata kereta yang baru lalu tu kereta Ferrari dan pemandunya Charles Leclerc. Ni pemandu yang Dania minat ni. Walaupun kereta yang sama dan ada 2 driver berlainan jadi salah satu akan ada warna hijau di bumbung. Kalau team Ferrari, warna hijau di bumbung ialah Lewis Hamilton. Dania yang bagitahu. Ummi tak tahu info ni.
Adik saya yang akan datang 4 orang nanti tempat duduknya di C2 Hillstand. Hujung belah kanan tu yang ada bumbung tu tempat duduk yang saya dan Dania akan duduk. Ayah dia la yang nak beli situ sebab memandangkan panas dan hujan tu yang tak tahan.
Ni masa nak keluar parking. Smooth adik saya kata. Panjang barisan ni nak naik shuttle ya. 😅. Gigih la agaknya anak saudara saya rekod sebab nak bagi kat saya.
Ini mungkin beratur nak tunggu shuttle agaknya....alamak....ramai juga.
Ada yang duduk kat jalan dan ada yang berdiri.
Pekerja dari Bahrain pun ramai juga menjaga di sini.
Adik update :
1. Makanan dan air mahal.
- Ayam goreng kunyit berharga RM50
- Burger ayam RM28
- Air ZUS diantara yang termurah
Maknanya nak kena prepare duit juga ni. Saya akan bawa cash dan kad la. Tapi adik saya update lagi....memang la smooth nak keluar parking kat SIC tu tapi bila masuk jalan besar....sesak la. 😅
Harap dapat gambaran la kepada mereka yang baru nak pergi esok. Hari ni cuma praktis biasa ajer. Esok ada qualifying sebab nak tentukan kereta mana depan sehinggalah ke belakang. Can't wait.
XOXO,
Ezna




Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.