Bila dah tiba kat JB ni haruslah makan kat Kacang Pool Haji ni. Hubby la beriya nak ke sini dan memang tak include pun breakfast kat hotel. Memang tak include sebab nak slot kan makan kat sini.
As usual pesan la Grab untuk ke sini. Actually tak jauh pun dari hotel tapi jalan kaki tak convenient la.
Bila datang tu memang dah ramai orang. Uncle Grab bangsa cina ni cakap pandai la you pilih kedai makan. Ramai la. Sebenarnya Uncle Grab ni boleh je berhentikan kami seberang jalan tapi dia kata saya ada responsibility untuk bagi you selamat. Tak selamat cross jalan sebab jalan sibuk jadi dia u turn kat roundabout depan. Berhentikan kami tepi kedai je. Disebabkan Uncle Grab baik hati...tersentuh hati saya. Saya bagi cash sedikit lebih. Hubby transfer tambang melalui QR. Saya cakap boleh tambah duit Uncle makan. Haha saya ni makin tua makin sensitif la pulak. 😅. Tolong jangan bagi saya tersentuh hati.
Meh tengok menu yang kami pesan. Dania order mi ayam. Ya Allah sedapnya ya....
Hubby of course la Kacang Pool ni.
Dania dengan air milo panas, hubby teh tarik dan saya teh o panas.
Kacang pool yang hubby order ni daging. Ada juga kacang pool kambing.
Saya order telur separuh masak dengan roti bakar 1 set. Roti yang sekeping besar tu hubby punya makan dengan kacang pool. Roti bakar saya yang dibelah dua tu.
Aneka minuman yang boleh dipilih di sini.
Senarai menu makanan pula. Senang nak refer kemudian hari sebab ada harga.
Checklist nak makan kat Kacang Pool Haji di Taman Dato Onn, Johor Bahru ✅. Rupanya ada cawangan Kacang Pool Haji ni kat Ara Damansara la. Kalau teringin boleh la ke sini. Tak payah dah ke Johor Bahru.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.