Lepas hantar Dania kat Kolej, saya balik dan ambil pula hubby. Hubby pulak yang drive dan kami sama-sama ke Sofina Seafood. Dekat je dengan rumah.
Saya order kerang rebus dan hubby order nasi goreng USA. Sebenarnya bila kami baru duduk je.....sekejap je terus makanan yang dipesan tiba. Cepat sangat ya....tak sampai 10 minit pun 😅. Part yang paling hmmmmm ialah bila nasi goreng USA ni tak panas langsung. Dah prepare awal-awal la mungkin. Agaknya kalau bagi pekerja Sofina makan makanan yang sejuk ni berselera ke makan?.
Kerang rebus ni masih panas.
Nasi goreng patayya saya boleh je la rasanya. Boleh rasa nasi dalamnya tak panas. Sebijik warna nasi hubby tu haa....satu nasi boleh jadi nasi goreng patayya dan nasi goreng USA. Guna pakai je.
Ada orang yang duduk sebelah saya pun terkejut sebab masakannya tiba awal jugak. Saya nampak macam dia order ikan tiga rasa dan sayur. Tak tahu la kalau lauk pauk mereka pun sejuk jugak. Saya rasa la kalau ya pun nak sediakan awal-awal....at least panaskan la dulu ya tak...ni hidangkan terus masakan yang sejuk pulak.
Ni kedai tomyam ni dan tak pernah jumpa lagi kedai tomyam yang hidangkan masakan sejuk untuk pelanggan. Mungkin Sofina perlu penambahbaikan....saya tak sure la kalau ada yang tak kisah pun masakan sejuk yang dihidangkan. Dulu-dulu masa saya makan kat sini tak ada pun masalah ni. Mungkin hari yang saya datang tu entah la.....apa ya masalahnya?.
Kecewa memang kecewa juga la kan dan nak repeat? Memang tidak la kecuali penambahbaikan dibuat la.
Lepas tu hubby kata terus la ke Kolej tunggu Dania selesai. Tunggu la dari 10 lebih malam tu sampai jam 11 malam baru nampak bayang Dania. In the mean time menonton dulu Dendam Seorang Mentua guna phone hubby. Yusry KRU berlakon. Relaks je berlakon dan kelakar jugak dalam gaya bersahaja tu. Ada juga Lisdawati dan Tracie Sinidol.
XOXO,
Ezna



Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.