Lepas hantar Dania ke tempat kerja, petangnya ada wedding di Lake House, Taman Tasik Cempaka. Kami pergi selepas Zohor.
Macam makan kat kedai pulak ada lapik kat pinggan. Lauk pauk nampaknya sebelum ni dah habis dan dimasak lagi. Masa saya datang tu baru tiba ayam goreng berempah. Ada kuah yang nak dimakan dengan nasi daging. Saya ambik je kuah tu. Kita ambik je la apa yang ada kan. Kadang majlis bermula jam 11 pagi, kalau datang lepas Zohor kadang makanan pun ada yang habis. Tak pun takde kawalan pengambilan makanan ni sebab depan mata saya nampak lauk diambil banyak oleh seorang individu. Macam tak tinggal dah untuk orang belakang.
Ambik gambar dulu....
Tempat dia takdelah besar sangat. Sesuai untuk majlis yang lebih kecil.
Ada air kopi o.
Kita ambil gambar pengantin la ya. Saya memang tak cam sebab ni majlis jemaah surau. Hubby yang kenal tuan rumah.
Nak kena berhati-hati juga dengan kain lapik lantai ni sebab takut tersadung kaki. Nampak licin juga.
Ramai pula anak-anak jemaah surau ni yang melangsungkan perkahwinan. Dah kahwin nanti bila dapat anak....selalunya AJK Surau akan dijemput untuk majlis aqiqah pula. Cuaca kat luar masa ni memang panas.
Tak cukup korum ni patut kami bertiga...
XOXO,
Ezna
Bagusnya pengantin perempuan pakai tudung labuh 😍 Semoga perkahwinan bahagia sampai ke syurga dan semoga menjadi pasangan sakinah, mawaddah wa rahmah 🤲🏻
BalasPadamWedding last weekend memang banyak jemputan tapi satu pun tak dapat pergi. Yang jauh memang tak dapat sebab hubby tak ada. Yang plan nak pergi, tak dapat sebab tak sihat. Seronok kan pergi wedding ni. Jumpa kawan2 atau saudara.
BalasPadamso far sy pi kenduri kawan2 n kaum kerabat shj. Jika kenduri anak mungkin lambat lagi sbb anak2 sy masih belajar...
BalasPadamLama tak pi wedding...sblum raya je byk jemputan aritu ...bahaya juga kain lapik dpn pelamin tu ye..risau licin tersadung
BalasPadamSama kita. wedding almost every week ni. dah cuaca nya sgt panas.
BalasPadamSemoga langgeng untuk kedua pengantin, sampai maut memisahkan . Cepat juga dikaruniakan buah hati. ☺️
BalasPadamDah lamaaa sangat saya tak hadir wedding. Tp nanti Dec nak ke wedding sepupu suami. Dah tak sabar, apalagi diadakan di Batu (East java) . Bisa sekalian berlibur 😄
last 2 weeks ada wedding but x gi pun..weekend ni pun ada jemputan juga, ni kena pi sbb anak ex boss...
BalasPadamu look sweet in that tudung's colour! sesuai dgn u :)
BalasPadam