Boleh katakan seharian juga saya berdebar dengan tak lalu nak makannya. Dania kata dia berselera je makan sebab penat kerja kan?. Biasalah tu pepehal ummi je yang paling risau.
Alhamdulilah tengah malam tadi result untuk Sem 2 dah masuk. Kami dapat check pun jam 12.30 ya sebab sebelum tu pun dah masuk website tu kemudian tiba2 terkeluar tak tahu la kenapa jadi macam tu. Log in tak boleh sampai la jam 12.30 tengah malam. Memang loading lama. Dania pulak nak kena tidur sebab esoknya nak kerja full pulak. Siang sampai malam. Selagi tak tahu mana lena nak tidur.
Alhamdulilah. Inilah keputusan Dania untuk Sem 2.
Sem 1 GPA : 3.966 (15 jam kredit)
Sem 2 GPA : 3.965 (22 jam kredit)
CGPA : 3.966
Masih juga ada A- satu iaitu subjek Business Law. Dania kata susah subjek ni sebab kena tepat jawapannya.
Alhamdulilah....untuk Sem 2 ni Dania takde tanam-menanam ni tapi ada juga subjek yang kena mengambil sampel tanah iaitu Sains Tanah. Kena buat eksperimen di lab.
Subjek Agribusiness Accounting pula mendapat report berkumpulan terbaik untuk aktiviti menjual coklat. Report yang dihantar ini akan dijadikan 'harta intelek' untuk kursus Sulam yang akan diterjemah dalam modul ringkas bertajuk 'Asas Perakaunan : Applikasi Dalam Pertanian'. Ada 2 report Dania dan kumpulannya seramai 8 orang dalam modul ni. Modul ni pula dah pun dihantar ke Kementerian Pendidikan Tinggi. Sulam tu maksudnya 'Service Learning Malaysia'. Kalau harta intelek ni tak boleh tiru la report ke, cara pengajaran ke yang dimasukkan ke dalam modul tu. Mereka yang tiru boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Jadi fasilitator untuk mengajar student Tingkatan 5 di SMK Jeram untuk subjek Perakaunan Pertanian. Pagi nak pergi tu siap kena tinggal bas lagi tapi beberapa meter je dari kereta. Hehe.
Dania juga mendapat terbaik untuk presentation individu dan berkumpulan untuk Academic Interaction and Presentation (English) Alhamdulilah. Ada satu yang Dania cakap introduction untuk aktiviti berkumpulan tu (macam sembang santai. Setiap ahli kena bagi pendapat) dengan tajuk Social Media Influencer. Ada explain pasal Khairul Aming. Nak jadi influencer kena ada pelajaran etc...
Ada join juga aktiviti kesukarelawan di kandang kuda. Kena membersihkan kandang kuda di Benua Equestrian Stable. Ada juga join aktiviti kesukarelawan berbasikal sambil mengutip sampah sekitar UPM dalam Picking While Cycling oleh Kelab Hijau Putra (Kehijau). Pelajar Universiti juga kena melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan juga sebab kalau ada pemberi biasiswa / pinjaman / anugerah universiti pasti akan melihat aktiviti kesukarelawan ni.
Dania juga membuat persembahan pembukaan untuk aktiviti Melody Hunt CakLempong Workshop & Explorace. Dania main gendang. Alhamdulilah bab kokurikulum yang wajib ambik selama 2 sem je dan tak payah berebut ambik kokurikulum lagi.
Dania juga terima call dari Fakulti Pertanian sebanyak 3 kali. Alhamdulilah. Jika ada berita baik saya akan kongsikan 😍.
Moga dapat memberi inspirasi kepada semua. Semua orang boleh berjaya tak kiralah bagaimana keputusan masa SPM, Asasi pasti boleh jika kita mahukannya. Paling penting kena pergi kelas selalu jangan ponteng, siapkan tugasan kerana lecturer juga guru kita. Kalau guru terguris hati pasti ilmu pun tak berkat. Ibu bapa pula kena selalu tanya-tanya perkembangan anak-anak supaya kita dapat input tentang aktiviti / perkembangan mereka di Universiti.
Apa pun alhamdulilah. Terima kasih di atas doa adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan dan lecturer semua. Moga Dania dapat mengekalkan lagi pointer Dania untuk sem depan.
Insya-Allah Dania akan email semua lecturer Sem 2 Dania dan minta doakan Dania juga. Macam Dania buat masa Sem 1.
Hadza Min Fadhli Rabbi (Semua ni kurniaan dari Tuhanku).
XOXO,
Ezna
tahniah dania...smoga trus cemerlang dunia akhirat
BalasPadamhebatnya Dania..sikit lagi nak 4flat..congratz Dania!
BalasPadamAlhamdulillah...Tahniah Dania....semoga terus berjaya dan berjaya
BalasPadamtahniah kpd Dania. Keep it up! Insya Allah dpt lulus dgn kelas pertama tu.
BalasPadamAlhamdulillah..Tahniah
BalasPadamTahnianhyer buat dania
BalasPadamDapat anugerah dekanlah
Alhamdulillah tahniah Dania 👍
BalasPadamDi blkg Dania ada ibu ayah yg sangat menyokong. Tahniah Ezna & suami juga. Moga Dania terus cemerlang 🤲
Alhamdulillah dan Tahniah Dania..!!
BalasPadamAlhamdulillah... Tahniah dania...
BalasPadamAlhamdulillah...saya tumpang gembira juga dengan kejayaan tersebut...semoga terus sukses dan bersyukur selalu
BalasPadamAlhamdulillah.. Good job Dania!
BalasPadamCongrats Dania 🎉🎉🎉🎉🎉 ... Baguuus2 sangaat resultnya 🤗🤗. Yakin lah memang Dania akan mendapat hasil yg baik. Semoga next nya tetap on track seperti ini yaa 😘
BalasPadamAlhamdulillah...Tahniah Dania dan Kak Ezna sekeluarga...!
BalasPadamalhamdulillah..tahniah Dania & Ezna...great result!!!
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah Dania! 🎉 Tahniah jugak buat sis Ezna, banyak bagi support dekat Dania 🌸
BalasPadamcongrats dania! keep on flying high!!!
BalasPadam