Selasa, September 24

Sehari sebelum Hari Malaysia

Sehari sebelum Hari Malaysia...minggu cuti panjang tu sebelum Dania ke tempat kerja kami makan kat dalam Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi kat Nasi Lemak Aunty Ainul.  

Saya dan Dania pilih lauk sambal kerang. 


Hubby makan roti canai sarang burung. 


Ada beberapa keluarga juga yang makan kat sini. 


Lenanya meow tidur. 


Ok Dania dah selesai kami hantar ke tempat kerja tapi lepas tu hubby parking kat IOI sebab nak singgah beli sabun basuh baju Persil. Sabun ni ada kat tempat tertentu je jadi kat Lotus memang ada. 


Sementara itu, saya ke Tim Hortons. 


Nak kata ramai sangat saya rasa tenang-tenang ajer kalau pergi masa mall baru buka. 


Tim Hortons dekat IOI City Mall. So far hanya ada 2 outlet je kat Malaysia. 


Beli timbits ni sebab Dania suka. Macam donut kecik tapi tak boleh panggil donut sebab donut berlubang di tengah. 

 

So ya....selebihnya tak kemana...hanya dok kat rumah ajer. Dania pun kerja. 





XOXO,
Ezna

7 ulasan:

  1. cute je..mini donut? mesti lembut tu

    BalasPadam
  2. Jalan² dekat mall ni kalau awal² buka tu santai je rasanya kan... Bila dah peak hour tu serabut la ramai orang 🤭

    BalasPadam
  3. Banyaknya outlet di IOI Mall kan, kami kalau pergi selalu ke tempat sama, haha malas nak explore sebab kadang lapar sangat.

    BalasPadam
  4. Tengok nasi lemak tu nampak sedap betul..terus rasa nak beli Nasi Lemak Burung Hantu..sambal kerang dia sedap

    BalasPadam
  5. Berarti mirip bomboloni ya kak, bulat tapi versi mini 😄. Nasi lemaknya menggoda betul, tp kalo sarang burung tuh saya tak bisa makan, telur msh cair 🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...