Selasa, September 3

Royal Floria Putrajaya 2024 | Day view

Lepas balik dari jumpa PA tu, balik rumah dulu bersiap-siap sebelum ke Dayang Sarawak Corner untuk lunch. Saya beli tiket Royal Floria online je jadi sebelum ke Floria kita isi perut dulu la ya. 

Dania makan mee kolok ayam dengan air bandung cincau. 


Saya pula Teh O Ais dan bihun sup ayam. 


Makan dulu la ya. Jap lagi nak jalan-jalan jauh kat Floria tu. 


Saya parking agak jauh lepas tu kena menapak la ke Floria. Pastikan pakai topi ya. 


Ni lepas masuk kat tempat yang mereka check tiket. Buka je kat phone then mereka scan kat phone kita. Senang. RM10/dewasa. Boleh keluar masuk sampai dua kali. 


Cantiknya bunga-bunga ni. 


Bunga-bunga Petunia di sini. 


Kat sini macam taman mini dengan rumput carpet. Lawa sangat. 


Masuk kat tempat orkid dan terrarium. Cantiknya orkid warna purple ni. 


Orkid warna purple lagi. 


Cantiknya terrarium ni. Siap ada air terjun lagi. 
Dania pernah la buat tanaman dalam balang kaca ni dengan penyanyi Yuna dan Enrich MAS tahun 2014 kat sini


Kalau nak bersiar-siar di Tasik Putrajaya boleh naik sightseeing cruise ni. 


Cantik bunga sana sini ni harus la berposing ya. 


Tempat duduk ni berbentuk bulat. 


Cantik la anak ummi berbaju sari berwarna biru. 


Ini kat rumah tepi tasik Putrajaya Holding. Saya berkenan dengan berjurai ni. 


Paling saya nak mencari ialah Rumah Hobbit. Ni Dania duduk kat buaian rendah kat area Hobbit. 


Rumah Hobbit. Kat belakang rumah ni boleh naik. 


Belakang ni ada macam sarang burung tempua. Cantik ambik gambar siang-siang ni. 


Ni bangunan Iskandar Puteri. Ada glitter kat bumbung dia ni. Bila kena cahaya matahari jadi berkilat. 


Ni Iskandar Puteri, Johor. 


Ni kat Taman berkonsepkan Cina. Pinjam payung jap. Ada dia jadi props kat bawah ni. 


Ni kat rumah barn di Pusat Ekuestrian Putrajaya. 


Mulanya ternampak dari jauh. Eh ada kuda?. Ingatkan kuda tipu-tipu....sekali kuda betul la. Dania usap-usap dia....bila nak balik tu Meridian memandang ke arah Dania. Lama pulak tu ya....boleh je dia pandang depan sebab ada orang kat depan kuda ni nak ambik gambar. 


Siapalah groomer yang rajin ikat dandan rambut dia ni?. Meridian sebenarnya dah bersara dah dalam aktiviti ekuestrian ni. Ohhh kuda pencen rupanya. Tak silap umurnya 18 tahun. 


Bergambar kat buluh berbentuk Hexagon. 


Bergambar di dalam Tepee pulak. 


Sebijik macam rumah Farm Fresh kat Ladang 16 UPM. Dah pernah gi ke?. Dibuka untuk umum ya. Boleh click post saya yang ini.


Cantik pulak hiasan atas ni. Warna purple yang buat lagi cantik. Hehe. 


Maskot 'Flo'.


Maskot 'Ria'. 


Dalam pukul 4 lebih kami pun bertolak balik. Habiskan masa kat sini dekat 2 jam jugak la. Nak kena rehat sebabnya malam ni nak masuk sini lagi dengan hubby pulak. Dia kerja jadi waktu malam je la yang boleh pergi pun. Kalau hari minggu Dania pulak kerja. 

Boleh la cover Royal Floria Putrajaya 2024 siang dan malam dan tentunya lain pengalamannya. Tak payah beli tiket yang baru sebab 1 tiket boleh masuk 2 kali pada hari yang sama ya.





XOXO,
Ezna


11 ulasan:

  1. Cantik betul..Sy dah lebih 10 tahun x pegi..X larat nk berpanas...=S

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berpanas tu memang saya setuju. Saya pun siap bertopi sebab terik sangat.

      Padam
  2. Kami lalu awal pagi, belum buka Floria tu. Mee Kolok, lama tak makan. Favorite kami jugak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal Mulan lalu sini ya. Floria buka jam 9 pagi kalau tak silap. Mee Kolok ni sesekali teringin nak makan.

      Padam
  3. Cantik rumah rumah hobbit tu... Mmg tmpt bergambar ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah Hobbit ni dengar ceritanya kekal jadi lepas Floria pun masih ada.

      Padam
  4. cantik sgt....subhanallah.. tapi tu la.. x rajin nak gi, parking lagi. and yg betul nya x de geng. kalau ada geng..jadi je ni.. he he he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pergi hari biasa ok sikit MA tapi kalau hari biasa waktu malam ya allah ramai juga. Parking dia banyak.

      Padam
  5. cute jer dania pakai topi gitu! i memang tak tahan panas ezz, dh umur late 4os ni memang tak leh gi dh tmpt2 panas dan crowded

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pulak panas ni ya I pun tak tahan tapi kena minum air yang sejuk, I ok nak berjalan. Kalau tak minum air I jadi letih nak berjalan. Dania punya topi tu patut ayah dia punya tapi nampaknya ayah dia kena pakai topi lain. Hehe. Suka betul Dania dengan bucket hat ni.

      Padam
  6. Ya Allah cantiiiiiknya tempat 😍😍😍. Betaaah memang seharian di sini melihat bunga2. Saya tak suka gardening tp sukaaa kalo melihat hasil bunga begini.

    Lucu pula kuda itu diikat surainya yaa 🤣😅. Susah nak lepas pasti 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...