Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.
Satu hari tu adik saya ambik order la since ada pegawai yang turun ke pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) adik saya. Polis ni di bawah KDN.
Adik saya bagi senarai ni tapi kena tengok di bawah institusi PWK (Penjara Wanita Kajang). Harga produk yang ditetapkan pun bagi saya ok lah. Saya order karipap ayam, karipap daging, pau kelapa dan pau kacang merah. Kakak-kakak dia pun order la. Adik saya lagi seorang pun order jugak. Pantang offer ya.
Karipap ayam dan daging.
Pau kacang. Ni pau jenis kecik tapi isi dia penuh.
Pau kelapa pun isi dia penuh.
Ini pertama kali saya beli produk dari penjara ni. Karipap kambing je masih menunggu stoknya. Rupanya ada juga jualan kuih raya dan hamper ketika musim perayaan yang dijual juga. Terisi dengan banyak aktiviti juga di penjara ya?.
Ada yang pernah beli produk dari penjara?.
XOXO,
Ezna
ada pelbagai jenis kuih frozen ye..tkpernh lg beli produk dr penjara
BalasPadamNi kebetulan adik offer. Sedap juga produk dia.
Padambagus tu banduan2 diajar kemahiran semasa dlm penjara. Bila keluar nanti dpt berniaga kecil2an menggunakan kemahiran yg dipelajari...
BalasPadamBetul tu AK. Banyak juga aktiviti mereka dalam tu ya...
Padamtak pernah plak beli produk2 ni ezz...tp bagus sgt ni jualan2 gini
BalasPadambagus support supaya mereka terlatih selepas selesai menjalani hukuman kelak..
BalasPadamTeringat lagu Ku Di Penjara Janji la pulak....
BalasPadamPernah teringin nak beli masa nak raya sebab dengarnya ada jual kuih raya jugak kat situ. Tapi jauh sangat la pulak.
BalasPadamBagus support mereka.
BalasPadamSy pun kalau dekat nak juga beli.
Tak silap hasil jualan ni ada juga bahagian utk mereka (penghuni) yg terlibat kan... Boleh lah bantu mereka nak mulakan hidup baru nanti
ada tgk dlm Majalah 3 psl aktiviti di penjara antaranya jahitan,frozen food & kraftangan.. mmg terbaik juga hasil produk dr mereka ni.. kalau dekat mmg nak support juga hehe
BalasPadamPau kelapa isi penuh tu sedap nya, kalau dekat boleh nak order sama.
BalasPadambagus dgn kualiti kuih makanan., sambil menjana pendapatan banduan tuuh., aminn
BalasPadamAisssh kak, dari bentuk karipapnya saja, dah terlihat sedaaap 😍😍😍😍. Ini kalo dekat, saya dah pasti pesan banyak lah. Suka sangat karipap ini
BalasPadamBagus la untuk membantu warga penjara menambah pendapatan mereka
BalasPadamTak pernah jumpa pula.
BalasPadamKalau ada bolehlah support.
memang tau ada jual mcm2..even penjara lelaki pun, ada jual hasil kraftangan kalau x silap...
BalasPadamselalu gak nampak dulu TikToker yang namanya Tun Laila beli produk keluaran PWK ni. Husband ammi selalu ke Penjara Mantin untuk urut. Kalau ada banduan wanita ammi pun nak juga dapatkan khidmat urut.
BalasPadam