Dania kerja, ummi dan ayahnya shopping

Dania kena masuk petang jadi kami decide pergi awal ke IOI City Mall dan solat kat surau baru yang besar kat sini. Hubby drop kan saya dan Dania dulu dan kami solat kat surau dulu. Hubby mencari parking. 

Ada 20 minit masa lebih sebelum Dania nak kena masuk kerja jadi jalan kejap la berdekatan dengan Watsons Dania tu. Masuk Vincci. 

Nampak ada kolaborasi dengan BT21. Ni beg warna pink dengan kartun BT21. 


Ni bucket hat BT21 tapi Dania kata warna dia cerah nanti cepat kotor. 


Sempat lagi tu betulkan tudung kat cermin. Siap-siap kemaskan apa yang patut sebab briefing nanti management check nanti penampilan. Semua kena scan dek mata management 😅. Pakai stokin ke tak, scan seluar nak tengok bukan seluar corduroy, jeans dan cargo, baju bergosok ke tak, kuku kena pendek, tudung kena kemas. 


Hantar Dania sampai escalator je. Dania naik sorang2. Whatsapp hubby kat mana?....baru selesai solat katanya. Plan sama-sama nak pergi beli groceries. Saya cadangkan ke AEON pula sebab kulit dumpling tu hanya ada di AEON.


Memang banyak pilihan sayur kat sini berbanding kat Lotus. Ada beli sayur asparagus kat sini....hubby sibuk cari kucainya tu. 😅. Sayur lain la pulak ya. 


Hubby nampak ikan Salmon yang nampak macam fresh dari Norway ni terus nak beli. Kami suka buat grill. 


Ambik yang belah kanan ni 3 keping. 


Nampak ketam kat bahagian sini pula....


Teringin saya nak makan Snow Crab ni. 100g harganya RM4.59. Jadi jom la cuba ya. Hubby ni selalunya kalau isterinya teringin...seboleh-bolehnya hubby akan cuba penuhi permintaannya. Terima kasih hubby!. Cuba beli seekor dulu. 

Siap google resipi apa yang ngam. Boleh cuba kukus / rebus ketam ni dengan brokoli. Kemudian ketam ni makan la dengan sos. Nanti saya google la nak makan dengan sos apa....boleh buat nanti. Harga ketam ni seekor dalam RM7++. Boleh la nak merasa kan...


Nampak ada wagyu halal dari Australia juga dan harga dari RM39++ ke atas. 


Saya bawa shopping bag sendiri dan bayar kat check out counter. Last sekali mesin ni  ada pilihan nak cetak resit atau tak. Pilih cetak sebab.....

Saya pilih cetak resit sebab sebelum keluar ada guard nak cop resit kita. You bagi pilihan....tapi end up macam mana kalau customer pilih tak cetak resit??. Saya dah nampak masa pertama kali beli kulit dumpling kat sini. Nampak guard cop kat resit. 😅


Nak keluar guard tu pun cop. Gitulah ya...lepas tu keluar je AEON, hubby kata jom minum dulu....sebelum keluar IOI City Mall ni la. Nanti saya update post selepas ni. 




XOXO,
Ezna






 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.