Sabtu, September 14

Murah dan yang mahal

Dania kata inner hijab dah makin membesar. Basuh kering basuh kering lama-lama dia akan kembang la fabriknya. Bila mengembang, takde grip kat kepala jadi anak rambut pun senang terkeluar. 

Ummi pun tengok la kat Tik Tok Shop. Ada pulak harga yang best terus la saya rembat 4 helai dengan macam-macam warna. Warna Nude seperti di bawah, navy blue, sage green dan granite grey. 


Apa yang best sebab ia bertutup. Ada juga jenis yang terbuka di hujungnya. 


Kat kepala ni tak ada jahitan jadi bila pakai hijab nanti cantik dan smooth je la. 


Lepas tu beli pulak yang mahal sikit dari Arzu inner yang menutup di bahagian dagu tapi bukan keseluruhan tengkuk pun. Jadi, inner ni tak akan bergerak la kalau kita betulkan hijab tu. Saya beli ni 2 helai untuk saya dan Dania. Nak cuba pakai style yang ni pulak. Tak pernah cuba lagi. 


Tak dinafikan sekarang ni senang je nak buat pembelian online. Semuanya di hujung jari je. Kat Tik Tok tu haaa harganya bagi saya sangat menarik. Kena pandai survey la....Arzu ni pula nak beli kena tunggu dia buat promosi. Kalau tidak, bagi saya harganya agak mahal. 





XOXO,
Ezna



13 ulasan:

  1. Linda kalau dah longgar, pakai pin je belah belakang tu.. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania dah try buat camtu jugak Linda. Masih bergerak ke sana sini. Inner dah mengembang dah.

      Padam
  2. kt tiktok murah2 nk2 kalo time depa buat live

    BalasPadam
  3. Peniaga2 kedai pun dah mengeluh tak dapat bersaing dengan peniaga online

    BalasPadam
  4. Beli serkup/inner yang bertali di dagu. Alhamdulillah puas hati sebab serkup tak akan lorot ke belakang.

    BalasPadam
  5. Kadang beli yang tertutup agak ketat pula. Beli yang bertali belakang rambut belakang terkeluar plak. Bila dah pakai serasi, hilang pulak entah ke mana, geram je😬

    BalasPadam
  6. biarpun mahal, yang penting berkualitas. Tapi lebih penting lagi adalah kita menyukai barang tersebut.

    Salam singgah dari Indonesia, ijin saya follow blognya. ^_^

    BalasPadam
  7. Saya nih kalo pasal Ciput, atau inner hijab ini, picky sangat. Krn dah cobaaaa banyak macam kak, dari yg mahal sampai murah, tp banyak yg buat sakit kepala. Pdhl saya dah usahakan utk tidak mengikat terlalu kencang.

    So far yg lebih cocok dengan saya, model bandana. Itu yg tidak buat kepala saya pening.

    BalasPadam
  8. Saya tak pandai pakai inner hijab...tapi setiap kali ada yang berkenan (sebab macam best jek) saya try beli 2 keping..tapi tulah, tetaplah tak reti pakai...last-last kena cari tudung/shawl cotton yang jenis tak payah pakai inner...
    Jealous tengok orang lain boleh pakai tudung/shawl begitu begini elok cantik kemas jek rupanya...

    BalasPadam
  9. Mana² yg selesa itu selalu jadi criteria utama :)

    BalasPadam
  10. betul..kalau x kena gaya, memang kembang lama2..but ada jugak yg ok

    BalasPadam
  11. Anak saya yang perempuan pandai cari dan beli online...biasanya selalu kena tak bayar postage

    BalasPadam
  12. i pun cerewet bab2 inner ni..if dh jumpa yg serasi..asyik pakai yg tu ajerlaaa hahhaha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...