Khamis, September 19

Maha 2024 sudah berusia 100 tahun

Saya dan Dania tiba dulu kat Haura Cafe, UPM. Hubby kemudian sebab naik motor sebab nanti destinasi kami lain2. Dania pula kebetulan off day Rabu jadi on la kan. Maha pula baru nak mulakan pameran pada 11 September 2024. 

Memang saje makan kat sini sebab jalan luar Haura Cafe ni boleh terus ke Maha. Lebih kurang 2.9km je dari Haura Cafe ni. 


Lepas makan, tudia kereta bersusun nak ke Maha. 


Nak masuk Maha pun kereta punya banyak ya. Maklumlah hari pertama pameran. 


Maha dah 100 tahun pun usianya. 


Parking kat dalam Maha ni kena bayar RM5. Saya touch guna debit card saya punya lama. Akhirnya guna debit card staff Maha dan saya bayar cash RM5. Lepas parking, kena naik shuttle untuk ke pintu utama Maha. 


Ambil sample ikan ni kat booth Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Serius sedap ikannya. Masa pergi tak ada orang jadi disuruhnya ambil seekor ikan ni haa....


Ada tester nanas jadi kami pun ambil rasa. In between ada la pergi gerai dua pupu saya di sini


Kemudian naik ke ruang pameran. Agro Seeds. Ada lambang UPM jadi Dania pose la kat sini. 


Burung hantu yang telah diawet. 


Macam-macam la organisasi pempamer di Maha ni. 


Ehem Dania...pokok apa tu? Hehe....alergik je bila nampak pokok jagung. Haha. 


Ini pula rumpai laut di pempamer Akuakultur. Ada penglibatan dari batch saya masa bekerja di LKIM. Rindu la pulak. Sekarang ni batch saya ni memegang jawatan Pengarah di LKIM dan jika saya masih bekerja di sini mungkin lebih kurang la pangkat saya ya.....tapi saya bersara lebih awal iaitu 3 tahun selepas bekerja. Bangunan saya bekerja dulu di Wisma PKNS sebelah DBKL kat Jalan Raja Laut. Sekarang ni LKIM ada bangunan sendiri di Pulau Meranti, Puchong. Besar.....saya pun dah pergi sana. 

Teringat zaman dulu bila Dania dalam perut, rajin saya berjalan ke Jalan TAR tu. Hehe. Saya berhenti kerja bila Dania berumur 5 bulan. 


Seronok Dania tekan-tekan ni nak tengok susun atur ladang udang marin. 


Banyaknya udang putih dalam ni. 


Teringat juga jika melawat ke Persatuan Nelayan, pasti kami akan dijamu dengan makanan laut. Serius mewah ya....ikan, udang, ketam....ada juga yang tapaukan udang, ikan etc untuk kami tapau bawa balik. Masuk dalam bekas putih sejuk tu. 


Di sini kerjaya saya berakhir. Bermulanya dengan organisasi yang lain. LKIM ni penutupnya. 


Tak jumpa sesiapa yang saya kenal. Mungkin tak ada yang bertugas hari saya pergi ni. 


Dron untuk pertanian dah naik next level dah. Boleh bawa buah-buahan pulak. 


Jentera pertanian untuk future. 


Pengunjung masa hari pertama ni takdelah terlalu ramai sebab saya dan Dania boleh melawat dengan tenang ajer. 


Banyak sangat produk boleh dibeli kat Maha ni. Sedia duit je. 


Ini pula serat dari pokok bunga raya Kenaf yang ditanam di Perlis.


Dari pokok bunga raya pun boleh dijadikan makanan haiwan. 


Nak pergi ke Laman Ternakan pulak. 


Dania pegang ayam kampung kacuk. Bila anak ayam ni tak selesa orang tu kata jaga2 takut dia berak. Haha. Nasib baik tak sempat ya. 


Spesis burung putih. 


Cantik warna burung ni warna hijau lembut. 


Ayam serama. 


Dania peluk kambing. 


Kambing ni pakai baju. Ingatkan kambing betina sebab pakai baju berbunga ni. Kambing jantan la. 


Terjumpa kawan sekelas...Dayang Suhana kat sini. Pelajar UPM ada ditawarkan menjadi sukarelawan kat Maha ni. Rasanya dapat upah juga. 


Nama lembu ni Pablo. 


Nak balik, naik shuttle lagi tapi salah shuttle sebab shuttle ni tak pergi Laman Tiba 1. Dia round sekitar pameran dalam Maha je. 


Dalam jam 3 petang tu kami pun bertolak balik. Pergi hari biasa ni kuranglah sikit pengunjung. Dapat la dengan tenang-tenang ke tempat pameran. Cuaca pula masa kami pergi ni panas sangat tapi lepas tu mendung. Pastikan minum air yang banyak dan pakai topi. Kasut juga kena pakai yang selesa ya. 

 Dah ke Maha ke?. Pameran tamat pada 22 September 2024 ni. 





XOXO,
Ezna




9 ulasan:

  1. Mmg syok pi maha..mcm2 bole terjah...nk plak kalo tmt jual2 mcm2 product ...tak sangka dh 100 tahun usianya ..kita last bertugas thn 2018...lsp2 tu bg kt staff baru la plak bertugas ..ada bergmbr kt lamanpadi tk ..ada contest bernas tau adiah bekalan beras setahun kalo gmbr kreatif

    BalasPadam
  2. Kambing tu muka senyum bila Dania dukung dia hehe. Macam best je MAHA ni tapi nak pergi tu jauh la jugak.

    BalasPadam
  3. best nya.. tapi x rajin la nak gi sana.. adik MA ada yg bertugas di sana..kat peladang tu, kalau x silap..katanya jaga cili...he he he

    BalasPadam
  4. Tak sangka dah 100 tahun usia MAHA sbb PH baru tahu kewujudannya mgkn 10-15 tahun lepas ...
    Dania ni mmg animal lover ye...

    BalasPadam
  5. kak ana pun sampai dah 17hb lepas, masuk dah free parking dah masa tu, cuma bertabahlah naik bas tu beratur panjang tapi seronok sangat kan :)

    BalasPadam
  6. Nieyl pernah pergi sekali je sejak2 di buat MAHA ni..
    kalau drive tu tak sanggup nak bersesak2..huhuhu..tapi teringin nak pergi lagiii...

    BalasPadam
  7. saya baru sekali je jejak kaki di MAHA itupun zaman awal2 kahwin dulu,lepas tu dah serik nak bersesak2

    BalasPadam
  8. Maha ini nama pameran atau nama lokasi /tempat kak? Dah 100 tahun , lamaa juga. Sebelum Malaysia merdeka pun sudah ada yaa pameran ini?

    BalasPadam
  9. tak sangka dh 100 tahun rupanya...i ada terbaca visitor ke 5 juta dpt keta axia. best betul!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...