Rabu, September 18

Dim Sum halal dan pau gebu Pokde

Ni masa saya ke MAHA masa hari pertama pembukaannya. Excited saya nak ke sini. 
Dim Sum Halal Cik Nor. 


Siapakah Cik Nor ni? Bapa mertua Cik Nor ni sepupu papa saya jadinya kami ni dua pupu kot....saya bab pangkat saudara ni agak confuse sikit. Kalau kata ada event berdekatan, saya akan cari Nor ni. 


Masa ni jam 11 pagi kot. Orang masih tak ramai lagipun pergi weekdays lagi la tenang-tenang ajer la. 


Berapa banyak gambar la ya...hehe...


Saya datang nak membeli la apa lagi. Kita la nak support saudara kan?. Tak lama la saya nak berborak sebab mereka tengah nak menjual kan. Ni ada yang datang gerai. 


Harga dim sum dan pau. 


Suami isteri berniaga. Moga murah rezeki kome ya. Nor dan Ijat. Ayah Ijat ni memang cousin yang paling rapat dengan papa saya. Asal raya je mesti melawat keluarga mereka. Saya panggil Pakcik Lan. Dah meninggal dah. Tinggal makcik Ani la seorang. Makcik Ani ni kalau masak ya allah berselera makannya. 


Bila tiba kat sini akan nampak khemah ni. Dim Sum Cik Nor ni kat Laman Tiba 1 sebelah khemah tertutup ni. Nombor gerainya 29A. 


Pau kayanya sebesar tapak tangan.


Inti dalamnya penuh. Memang sesuai dengan namanya...Pau Gebu Pokde. Memang gebu pun. Kadang kalau beli pau kaya...inti dia alahai....macam kedekut sikit kan....Pau ni memang puas hati la. Saya beli 1 frozen pau kaya dan 1 frozen pau nasi lemak jugak. 


Ini pula Dim Sum. Kalau pernah rasa Dim Sum Mohd Chan, rasanya saling tak tumpah. Memang sedap. Berapa kali saya repeat beli sebenarnya. Ini saya beli yang frozen ada 55 biji Dim Sum. 


Ngam pulak makan dengan sos dia. 


Dania asyik kerja je....ummi dan ayah kukus Dim Sum kat rumah. Lepas tu Dania tanya Dim Sum ada lagi tak?. Sedap la tu. 😅

Siapa lagi yang suka Dim Sum?. 

Kalau teringin nak Dim Sum halal Cik Nor boleh la ke facebook di https://www.facebook.com/norkamariah.kamarudin.3 atau telefon : 0125870276







XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. dap nye.. MA suka dim sum tapi tu la, susah nak jumpa kannn

    BalasPadam
  2. suka dimsum....kalo ke maha tu mcm2 produk jualan ...rambang mata nk bli

    BalasPadam
  3. Saya suka dimsum. Wah, takde ke IG cik nor ni? Mana tau boleh order 😃

    BalasPadam
  4. Suka dua²; pau & dim sum :D
    Semoga laku keras jualan mereka ... Kaya tu berkilat², cair² gitu mmg favorite 😋

    BalasPadam
  5. Kalo saya di sana, saya pun akan ikut beliii 😍😍😍😄. Memang sukaaa sangat dengan dimsum dan bakpau. Apalagi kalo isinya gurih macam daging, ayam. Kalo yg manis saya kurang sikiit 😄.

    BalasPadam
  6. gebunya tengok pau dia..kaya pun nampak melting

    BalasPadam
  7. i baru mula pandai mkn dim sum dan i like!!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...