Dania kerja pagi jadi tengahari ni hubby dan saya je la yang makan. Hubby suruh masak simple je jadi saya masak Bok Choy kicap tiram. Saya ada menyuarakan nak pergi Maha kali kedua sebab nak beli dim sum. Top up saudara saya punya frozen dim sum. Kalau ada pau...saya nak top up pau kaya frozen.
Sotong goreng tepung. Salut dia dengan tepung jagung, tepung gandum, telur, lada putih, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Tepung pula saya salut dua kali. Iaitu setelah disalut dengan telur dan tepung, kemudian bekas lain salut lagi tepung.
Lepas makan, tiba-tiba hubby kata ok kita pergi Maha selepas asar nanti. Apa lagi...happy la saya. Orang yang nak masuk ke Maha ramai tapi kurang dari hari pertama yang saya pergi dengan Dania.
Jumpa sedara saya dulu sebelum cakap nak 2 frozen dim sum dan 1 frozen pau kaya. Tak lama pun sebab kami nak ke satu tempat ni. Saya nak pergi tempat floating market LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia).
Masa nak pergi tu naik shuttle. Ni kami turun kat rumah tradisional yang dipanggil pavilion.
Teringat kawan Dania bernama Ayuni dan Wafa.
Ini pavilion apa pula?
Tak lain tak bukan Pavilion Sarawak. Negeri kelahiran Corina dan Hana.
Masa berjalan nak ke Floating Market LKIM, tiba-tiba ada yang panggil Ena....Belah kiri Fajar dan kanan Shima. Ya allah rindunya batch saya kat LKIM ni. Hehe
Batch saya sekarang ni yang menerajui LKIM. Tumpang bangga pula saya. Time saya masuk tu umur saya 27 tahun kot. Masa kat LKIM la saya kahwin.
Bye Shima dan Fajar....ayah Fajar pun pesara LKIM juga. Mereka penat sampai nak bangun pun tak larat sebab kena berdiri sepanjang kat Maha ni.
Kat tasik tu yang ada jualan LKIM tapi dah habis dah. Saje nak pergi tempat saya kerja dulu je. Bukan nak beli sangat.
Kemudian ke Pavilion Terengganu. Nampak banyaknya pokok jagung yang dah berbunga dalam polibeg ni.
Beli keropok keping dari Terengganu ni.
Petang ni, pekerja Terengganu ni dah mula nak clearkan tanaman yang menghiasi pavilion terengganu. Lepas tu siapa yang pergi dekat dia kata ambiklah. Dapatlah bunga balung ayam dan bunga taik ayam ni.
Kat pavilion perak.
Ada binaan Kellie's Castle miniature.
Kami berdua. Anakanda banting tulang kerja.
Kemudian kami kat jalan ni nak ke Laman Tiba 1 balik. Lepas tu tanya adik ni pergi mana?. Bila saya cakap Laman Tiba 1 dia terus ambik kami. Hehehe....masa ni tak perasan lagi.
Rupanya buggy VIP. Adik ni baru lepas hantar VIP. Tanya punya tanya student UPM rupanya. Kursus Kejuruteraan Mekanikal. Hehe. Memang ada ditawarkan untuk menjadi sukarelawan Maha dengan elaun RM100/sehari dan makanan disediakan 3 kali. Adik ni kerjanya bawa buggy je jadi sentiasa kena duduk. Untung la dari kawan Dania yang kena berdiri je. Ada seorang kawan Dania sekelas lagi jadi sukarelawan Maha ni dan lepas bertugas baru balik Sabah. Habis Maha 22 Sep 2024. Masuk balik UPM untuk pelajar semasa pada 14 Oktober 2024.
Close up tulisan VIP.
Lalu kat kawasan tanaman bawang ni. Geram je tengok sebab hijau je.
Ternampak pokok pukul lima. Kenapa dipanggil pukul lima?. Daunnya akan kuncup jam 5 petang.
Alhamdulilah dapat pergi ke hari terakhir Maha. Dapat top up dim sum dan pau kaya frozen dengan sedara saya, dapat jumpa kawan LKIM saya, dapat pokok bunga free dan bila nak balik dapat naik buggy VIP pula. Rezeki....alhamdulilah...
XOXO,
Ezna
Wah murah rezeki Kak Ezna haritu ye....
BalasPadamWahh u jumpa ur colleagues kat LKIM yer..menggamit memori tu
BalasPadamsyok tu dpt pegi maha lagi...kita sepanjang pernah bertugas...yg pavilion negeri tk pernah smp...tk cukup masa ...sempat tour kt empire food dgn yg sekitar hall A tmpt bertugas je la...rezeki dpt naik buggy tu...
BalasPadamgie lagi MAHA? rajinnya..pas tu murah rezeki kan..alhamdulillah
BalasPadamSeronok baca pengalaman orang pergi ke MAHA tahun ni. Insha Allah next year nak try pergi jugak la.
BalasPadamWahhh..Bestnya sis..In Shaa Allah tahun depan kalo ade lg & kalo umur pjng nk pegi jgk...=D
BalasPadamSemoga kalo saya ke KL lagi, bertepatan dengan festival seperti ini. Tiap kali kesana, selalu tak ada festival yg bisa didatangi 🤣. Padahal sukaaaa sangat datang ke event begini. Apalagi ada banyak stand jajanan
BalasPadamDah plan nak pergi tapi hari yg nak pergi tu, tak sihat 😔😔
BalasPadamMoga ada rezeki next year.
Rezeki hari terakhir MAHA alhamdulillah 👍
BalasPadamPavilion Perak menang kali ke-4 ke x silap katanya pavilion terbaik MAHA.