Bab kuih ni selalunya saya 'tunjuk' je. Hehe. Bila kat email UPM Dania ada iklan Biskut Raya dan Kek Raya ni...jeng jeng....terus la order ya. Saya order 2 bekas kuih tat je.
.png)
Nak pick up kuih raya alang-alang saya nak hantar barang kat Bangunan Canselori kan....ni on the way nak ke L'apprenti. Terlalu pula tempat jatuh lagi dikenang....Pusat Asasi Sains Dania dulu. Tersengih la member sebelah ya.
Saya ingatkan L'apprenti ni yang berdekatan dengan Pusat Asasi Sains, tempat Dania belajar ni dulu...rupanya....jauh sikit berdekatan dengan Dewan Bankuet, UPM pulak. Ni pertama kali tiba sini. Kalau tak beli kuih tak sampai la sini ya.
Buffet Ramadan juga berlangsung di L'Apprenti ni. Ni bahagian luar. Luar pun tapi berbumbung kawasannya.
Bahagian dalam pula. Nampak selesa juga.
Buffet Ramadan ni diberi nama Buffet Sajian Senja.
Saya bersama dengan Puan Ainul. Beliau merupakan Pastry Chef dan yang membuat kuih-muih yang ditempah. Puan Ainul kata berdebu apronnya. Saya kata barulah nampak sibuk buat kuih. Dania kata orang sibuk buat kuih...ummi sibuk nak tanya itu ini dan ambik gambar. Haha. Ummi kan....😆
Ok jom la kita ke....IOI City Mall pulak. Ada benda nak beli....
Lepas berbuka dan bila rasa kuih tat nanas tu eh eh sedap la. Saya beli 2 bekas je.
You alls buat kuih apa tu?.
XOXO,
Ezna






SA mencari kuih tart nenas bunga tu..dah ada nampak org jual kat Seremban..malam ni nak pi beli..7 kuih RM100 boleh campur dengan kerepek...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.