Khamis, September 26

Jung Kook : I am still

Kebetulan hari pertama movie ni keluar, hari rabu. Kalau hari rabu Dania off day. Pada 18 September 2023, saya dan Dania ke IOI City Mall. Hari ni saya masak nasi goreng je jadi bila hubby balik, dinner dah siap la. Waktu tayangan ni tak best sebab buat waktu malam jam 8 pm dan jam 8.20 pm. Memang kebanyakkan tayangan time ni. Pilih kat sini sebab dekat dengan rumah. 


Masa ni tengah duduk kat sini sebab tengah tunggu waktu maghrib. Dania mengenakan keychain Cooky BT21. Mewakili karakter Jung Kook....seekor arnab berwarna pink. Memang padan dengan beg yang berwarna senada. 


Bila beg sama kena la bagi lain sikit kan. Hehe...


Lepas solat, kami menuju ke cinema GSC kat new wings. Jauh juga nak menapak dari surau berdekatan 7-11 ke new wings ni. Pick up air dan popcorn dulu. 


Bila masuk dapat la photocard. 


Ambik gambar dulu kat dalam ni. Pilih seat berdua kat tepi. 


Masa ni tak penuh lagi. 


Tiba2 ada seorang army ni distribute gift. Kadang kalau pergi mana2 program yang melibatkan BTS ni...akan ada BTS Army (peminat BTS) yang akan bagi gift. Free ya. Saya pun dapat sekali walaupun BTS Army 'senior' 😆


Nak dekat full house juga cinema GSC malam ni. Kebanyakkannya perempuan la. Lelaki boleh dikira dengan jari. Bawah 10 orang. 

Jadi, Jung Kook : I am still ni tentang apa? Ia berkenaan perjalanan Jung Kook sebagai artis solo untuk merakamkan album di luar negara. Bila merakamkan album tu time nak menyanyi...sebutan Bahasa Inggeris tu perlu betul dan mengikut kehendak penerbit untuk nada tinggi atau rendah itu. Lepas tu kena merekodkan sampailah penerbit berpuas hati. Jung Kook sendiri Bahasa Inggerisnya agak terbatas jadi nak berjaya menyanyikan lagu dalam Bahasa Inggeris tu bukan senang. Tambahan pula sikapnya yang merendah diri dan tidak ego sanggup untuk mengikut kehendak penerbit sehingga terpaksa merekod lagu berkali-kali walaupun beliau seorang yang sangat dikenali dan ramai yang ingin berkolaborasi dengan beliau ataupun kumpulan BTS. Mereka terkenal seantero dunia. 

Kemudian ada masa time menyanyi tu kena menjerit pada nada tinggi dan menyebabkan beliau sakit tekak. Jadi kena pula merakamkan lagu yang lain pada masa yang sama jadi nampak proses tu agak meletihkan. Ada juga part kelakar bila Jung Kook kata kenapa susah sangat nak sebut perkataan tu macam tongue twister. Ya lah bahasa ibundanya Bahasa Korea bukan Bahasa Inggeris. 

Mereka pula selalu in a group of 7 tapi kali ni Jung Kook tidak ada support la dari ahli yang lain sebab ahli yang lain kena berkhidmat dengan 'military service' di Korea. Jung Kook rasa kena menghadapinya sendirian. Agak tertekan dan pada masa yang sama teruja nak berjumpa dengan peminat. 

Kalau nak berjaya memang tak ada jalan yang mudah. Kadang lepas satu persembahan, kena pergi negara lain pula untuk merakamkan lagu. Nampak sangat padat pengisiannya dan sangat penat. Lagu2 nyanyian Jung Kook juga telah menduduki carta No 1 di the Billboard HOT 100, Global 200 dan Global 200 excl US. Beliau merupakan artis pertama dari Asia yang menduduki carta teratas. 

Selain daripada tu ada la behind the scene time makan, time tidur sampai tertidur pakai baju yang perform. Macam tak menikmati masa dengan family atau kawan-kawan hanya konsert dan aktiviti nyanyian. Kena berkorban masa untuk diri sendiri juga. 

Ada beberapa lagu yang dimainkan seperti Standing Next to You, Seven, Magic Shop. Part Magic Shop ada la saya menyanyi jugak. Kat dalam cinema ada juga yang bawa army bomb iaitu light stick yang akan bercahaya mengikut lagu yang dimainkan. 

Di akhir movie boleh scan kat screen dan dapat melihat video youtube Jung Kook. 


Inilah yang saya dapat small gift dari BTS Army. Photo card ni bukan gambar Jung Kook tapi gambar Jimin. Saya dah kenal dah nama semua BTS ni. 😅


Part bertindik bibir, telinga, bertatoo dan bersolek untuk seorang lelaki tu jangan dijadikan panduan hidup untuk kita tetapi part bersemangat buat apa yang kita suka dengan menepis kesukaran dan sentiasa menjadi seperti resmi padi, makin tunduk makin berisi. Pasti kita akan berjaya jika kita buat kerja kita dengan bersungguh-sungguh.   

Buat peminat kumpulan K Pop BTS atau Jung Kook....memang sesuai la menontonnya. Pasti akan terhibur dengan gelagat di sebalik tabir Jung Kook. Dania keluar movie ni dengan senyuman di bibir tanda best la tu. 





XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. peminat Jung kook pasti pi tgk tu...sronok tgk wayang berdua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayahnya kerja tapi kalau boleh pun tak minat nak menontonnya.

      Padam
  2. Menarik jln citernya..cute la beg pink tuuu🤩

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan ceritanya pasal Jung Kook ni la Suzz. Penat pulak tengok rutin dia.

      Padam
  3. Wahhhh...Patut la hari tu tgk dkt entrance wayang..Yg masuk majority ke hall yg dh open tu gegurls je..Cerita dia rupanya...Anak sy qaisara pun kenal dia..Mujur dia x ajak sy tgk movie ni =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya Qaisara minat ahli group yang lain kot. Dania memang peminat JK ni. Memang girls je mendominasi.

      Padam
  4. pernah dengar lagu yang BTS collaborate dengan Snoop Dogg

    BalasPadam
  5. Saya tunggu sampai movie nya masuk Netflix lah 😅😄. Bukan peminat BTS. Tp lagu JK yg solo beberapa saya suka. Saluut lah dengan member BTS ini Krn bisa sampai mendunia sangat 👍👍. Cuma memang lagu2 mereka bukan genre fav saya.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...