Rabu, September 25

Join perarakan maulidur rasul

Hari Malaysia yang jatuh sama dengan cuti Maulid Nabi ni, kawasan saya ada mengadakan perarakan maulidur rasul. Kebetulan pada tahun ini...surau dekat rumah saya jadi tuan rumah. 

Ini pasukan muslimat dari Surau An Nur. Siap berbaju bunga biru dan bunga manggar lagi. Selayaknya mereka di bahagian hadapan untuk muslimat. 


Ini pula muslimat dari Surau Ar Ridhwan. Kena sarung jubah hitam dan tudung berbunga tapi saya takde tudung berbunga ni. Pakai je la warna yang lebih kurang supaya tak nampak janggal. Depan kami ni remaja perempuan. 

Dalam group muslimat ni ramai yang berusia dari saya. Pandai-pandailah bawa diri. Ada 2-3 yang saya kenal juga. Ramai juga tak dapat join sebab di luar kawasan kebetulan cuti panjang dan bersambung pula cuti sekolah. 


Perarakan ni sejauh 850 meter menuju ke Surau Ar Ridhwan dari tempat bermula. 


Kereta juga terpaksa disekat sementara. 


Ini setelah tiba ke surau. Fuhhhh boleh tahan ya...


Terjumpa AJK Surau ni yang tiba2 je ada kat tengah jalan ambik video. Eh.....hubby aku....😅. Bila hubby ambik video saya melambai la....jangan siapa yang tak tahu kata eiii gediknya melambai kat video lelaki ni....hello ni hubby saya ler....(kalau orang tak tahu...tapi muslimat surau saya tahu 😆). 


Setibanya di surau dijamu oleh roti atau pisang. Saya ambil pisang sebab sumber tenaga yang cepat. Ada disediakan bersama teh o panas. Makanan ni simple je sebab malamnya nanti ada makanan berat disediakan untuk aktiviti di surau. 
      

Surau Ar Ridhwan....


 Di kawasan anda ada buat perarakan juga ke?. 





XOXO,
Ezna 

7 ulasan:

  1. i tak sure la my area ada ker tak perarakan sbb i was away..tp thn2 sblm ni mcm tak pernah lak terdgr ;)

    BalasPadam
  2. wah surau kt umh ezna siap ada perarakan ye...meriah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Seronoknya dapat join perarakan Maulidur Rasul.. Lama tak join sejak dah habis belajar nie

    BalasPadam
  4. Masa duduk di Sarawak dulu, selalu join perarakan sebab sekolah anak2 akan hantar wakil join perarakan maulidur rasul. Company lama pun ada hantar kontinjen perarakan jugak tapi saya selalunya join sekolah anak sebab nak tolong ustaz & ustazah jaga anak2 masa dieorg berarak takut ada yg terlepas ke jalan raya. Seronok & meriah jugak join event macam ni.

    BalasPadam
  5. tempat ammi majoriti dah level makcik pakcik...tak ada pun perarakan

    BalasPadam
  6. seronok sesekali dapat join program macam ni. Dapat juga kenal jemaah taman kan.

    BalasPadam
  7. Panjaaaang ya perarakannyaaa 👍. Di sini biasa aja kak. Mesjid rumah ada buat pengajian , tapi hanya itu saja. Kalo maulid nabi biasa tak meriah. Agak beda dengan isra Miraj.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...