Bila cuaca panas....automatik pencahayaan pun cantik la tapi kena tahan sekejap la kan. Kelas Dania ada buat photoshoot gambar raya untuk kelas. 5 pelajar dari mainland China tak join la pulak.
Ramai diantara mereka ni yang memakai baju kurung la. Beraneka warna.
Ni bukan saya yang ambik gambar tetapi Dania share gambarnya. Ni tengah cari nak buat pose apa ke ni?
Kawan Dania berbangsa India yang duduk tu belah kanan sekali dah menganut agama Islam. Pernah Dania kata dia dengar David ni mengimamkan solat kat surau Fakulti.
Ni gaya berdiri tegak nak menyanyikan lagu Negaraku. Hehe
Kelas Dania sepatutnya ada China Mainland 6 orang tapi seorang quit, seorang warga Bangladesh menangguhkan pengajian, bangsa Cina dari Malaysia tinggal seorang sebab 3 orang Cina dan seorang Melayu dah diterima masuk ke Fakulti Doktor Perubatan Veterinar. Seorang Melayu pula quit dan masuk ke Fakulti Perubatan Veterinar di Indonesia. Dia memang nak jadi Dr Veterinar. Jadi bersemangat sebab 4 orang kawan sekelas dah masuk Fakulti Perubatan Veterinar dan dia tak dapat. Seorang lelaki kelas Dania pula tak dapat teruskan ambik subjek Semester 4 ni sebab ada 6 subjek yang gagal. Kena mengulang dan masuk kelas junior.
Memang mereka yang benar-benar berminat dengan program Sains Haiwan ni yang akan stay. Ada seorang kawan Dania yang tunggu dapat program ni kat UPM baru la masuk Universiti. Dapat UKM tapi tak berminat pula dengan program yang ditawarkan. Jadi beliau 'senior' sikit la dalam kelas.
Mereka yang duduk ni tak cukup korum. Patutnya berempat. Mereka berempat ni memang ngam la sebab pelajar Malaysia. Kalau lagi 3 orang tu pelajar dari China memang mereka bertiga je la.
Dan....Dania sentiasalah akan berdiri kat belakang sekali sebab diantara yang tinggi dalam kelas. Kawan yang dia baik lagi 3 orang boleh berdiri kat depan. Jadi nampak muka Dania cenonit je la.
Moga semuanya dapat mara ke hadapan untuk semester seterusnya. Jangan ada subjek yang gagal sebab banyak subjek dalam Sains Haiwan ni berkait. Contohnya Anatomy and Physiology of Domestic Animals ada I and II. Kena lulus I dulu baru boleh sambung II. Subjek Semester 4 ni pula kena lulus Animal Nutrition dan Animal Genetics pada Semester 3 baru boleh ambik 5 subjek semester 4 ini.
Seorang kawan Dania fail Animal Nutrition dan Animal Genetics jadi memang tak boleh ambik la subjek Semester 4 ni. Saya pun kenal student ni. Moga baik-baik ajer buat beliau. Dia juga tukar program juga macam Dania. Dari program bahasa ke program Sains Haiwan.
Moga yang baik-baik ajer untuk mereka. Tak ada lagi yang quit dan mereka semua grad bersama-sama. Aunty doakan ya.
***Hari ni kelas Dania kena prepare makanan, minuman dan ubat anti stress untuk anak-anak ayam yang bakal tiba dari hatchery. Group Dania kena jaga 60 ekor anak ayam. Petang pula kena belajar restrain lembu. Macam mana la tu ya?. Petang sikit ada kelas English. Dania kata macam mana la ya ada bau ayam dan lembu ni? 😅. Inilah cabaran belajar ya Dania. Bawa la perfume nak bagi wangi sikit.
XOXO,
Ezna









Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.