Selasa, September 3

Dania jumpa Penasihat Akademik (PA)

Paginya kami breakfast sekali kat Larizz.  
Mee ni pilihan Dania. 


Sup dengan roti bawang putih ni saya punya. Makan macam ni pun kenyang ya. 


Hubby dengan nasi goreng dengan lauk paru. 


Air panas pilihan kami semua. 


Dalam jam 11.15 pagi, bertolak la saya dan Dania ke Fakulti Dania. Dania dijadualkan untuk bertemu dengan Penasihat Akademiknya (PA) jam 11.30 pagi. Nasib baik Dania ingatkan balik Dr Juwaidah (panggil Dr. Ju) temujanji pagi ni sebab Dr kata tak teringat. Diawalkan 30 minit temujanji ni. Setiap pelajar ada PA-nya tersendiri. Apa-apa masalah atau pertanyaan boleh la kemukakan kat PA masing-masing. Ok...Dania tiba Fakulti jam 11.23 pagi. Tiba awal dari temujanji tu elok la kan...

Dania kata takut nak jumpa tapi at the same time tak takut pulak. Ok ummi tak faham la. 😅


Lepas hantar Dania, ummi masuk dalam main campus UPM. Fakulti Pertanian terletak kat luar main campus. Lebih kurang 5km nak ke main campus ni. UPM ialah universiti peneraju keterjaminan makanan. Salah satu fakulti yang terlibat ialah Fakulti Pertanian. 


Ummi duduk minum kat cafe Umai @ Serumpun ni haaa sambil tengok bas UPM lalu. Student asasi masa ni tenang la lagi. Tunggu senior degree masuk, memang tak tenang nak kena naik bas berebut dengan senior. Hehe Dania la cerita. 


Ummi baru nak healing ni ha sengsorang. Order air panas je. Nak tunggu dalam kereta kat Fakulti Dania tu tak tahu berapa lama nak tunggu. Dah la cuaca panas. 

Kol 11. 49 pagi, Dania dah call dah tanya ummi kat parking mana....ok ummi masuk dalam la....kena tunggu ummi datang jap. 


Basically, perjumpaan dengan PA berjalan lancar. PA dah tahu GPA dan CGPA Dania untuk sem 2. Dr kata awak tak dapat lagi result kan?. Cepat-cepat je Dr scroll ke atas result Dania tu. Official result hanya boleh release jika senat dah selesai meeting. Dania cerita masa Dr scroll tu mata Dania pun tengok gak screen Dr tapi tak jelas sebab kecik je tulisan dan jauh juga kedudukan Dania dan Dr. 

Ummi tanya muka Dr macam mana?. Biasa je kata Dania. Hmmmm susah la ummi nak teka keputusan peperiksaan Dania tu. Menambahkan suspens ummi je la. Cumanya hasil perbincangan Dania dengan Dr Ju tu memberi impak positif dan Dr kata dari keputusan awak...saya boleh luluskan dan Dania cerita Dr hantar Dania sampai ke pintu dan Dania salam Dr dan mengucapkan terima kasih. Dr pun tersenyum masa ni. Ok ummi minta Dania cerita detail ya. 😆. Sebijik saya tulis cerita....

Actually kalau dapat Dr. Ju sebagai PA ni memang bagus juga sebabnya jika nak ambil kursus lebih daripada 20 jam kredit, memang kena ada kelulusan PA. Jika PA luluskan barulah student boleh ambik subjek tu. Dania ada hantar permohonan untuk tambah subjek English sebab bila tambah subjek ni jadi 22 jam kredit. Ya kredit Dania untuk Sem 2 ni 22 jam ya. Kejap je hantar dah diluluskan. Alhamdulilah. Ada juga PA kawan-kawan Dania yang lambat nak luluskan permohonan. Nak kena cari la pulak. Kalau ikutkan Dr Ju yang juga selaku Timbalan Dekan ni banyak tugas hakikinya ya. Kalau ada event memang Dr yang akan turun, mengajar pun ya jugak, kena handle student untuk masalah dalam pembelajaran pun ya jugak. Beliau Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). 

Respect pula saya dengan Dr Ju yang tinggi lampai ni dan mungkin ada sebabnya Dr Ju ditakdirkan menjadi PA Dania. Alhamdulilah. 

Mungkin ada permulaan baru pada sem depan....Moga dipermudah....😍





XOXO,
Ezna

14 ulasan:

  1. kalau dlu sy matrix, skrg asasi, xde la naik bas, jalan kaki je dr kolej ke fakulti... segerombolan pulak tu.. hahaha... kenangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke?. Boleh tahan juga kalau jalan tu nak ke asasi time tu kat bangunan KAE (Kompleks Akademik E)...atau dekat dengan library tu. Kolej pulak kat Kolej 13 (sekarang nama KTAG - Kolej Tan Sri Aishah Ghani) tapi anak time asasi tu nak pergi ladang selalunya memang jalan kaki je sebab ladang depan KTAG tu je.

      Ada juga degree kat Fakulti Pertanian duduk Kolej Canselor tu tapi Fakultinya jauh jadi kena naik bas. Bas pulak berhenti kat depan Putra FC. Dah kena menapak naik pulak. PFC (depan PKU). Fuhhhh....Dania cuma duduk 4 hari 3 malam je kemudian duduk rumah sebab ada yang tak daftar jadi dia duduk seorang dalam bilik tu. Kalau course Dania semua kena duduk Serumpun.

      Padam
  2. Lama tak makan di Larizz. Moga dipermudah kan semua urusan pembelajaran Dania.

    BalasPadam
  3. mula2 Ian cerita pasal PA ni..emm.. apa la dia kan. dah lama2 ni baru faham..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penasihat...kalau Ian ada masalah boleh rujuk PA dia je....

      Padam
  4. Alhamdulillah, mesti result Dania bagus ni sebab tu Dr Ju approve extra credit hours sem depan. Saya dulu tak igt pulak kena jumpa penasihat akademik setiap sem, rasa mcm takde kot. Saya cuma igt kena jumpa dgn supervisor tesis je tahun akhir utk bimbing mcmana buat penulisan tesis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya Carneyz....Dania ada hajat tu....tu yang nak kena discuss dengan Dr. Cari masa cuti ni agaknya kurang la busy Dr. Ju tu. Digalakkan untuk berjumpa dengan PA 2 kali dalam satu semester tapi Dania baru jumpa sekali untuk Sem 2 ni tapi Sem 2 dah habis dah pun. Sem 1 nak jumpa tapi Dr busy. Nak lebih credit Dania whatsapp ajer. Tak lama lepas tu Dr terus whatsapp Dania kata saya dah luluskan. Untung betul dapat Dr. Ju. Pantas. Sebab kalau tak lulus tak boleh masuk kelas tu....ada je lecturer yang jadi PA ambil masa nak luluskan sampai mencari student tu. Rezeki masing2. Ada cepat ada lambat...

      Padam
  5. mee ke maggi goreng tu...sup cicah roti tu sodap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mee tapi bukan maggi. Mungkin mee sedap....

      Padam
  6. All the best utk dania! moga terus cemerlang dan maintain high CGPA insya Allah

    BalasPadam
  7. Aamiin. Saya yakin Dania bisa lah. 👍👍. Semoga dipermudah semua urusan kuliahnya yaa 🤗

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...