Lembu korban dan dagingnya....

Sehari sebelum Aidiladha...kami ke tempat lembu yang nanti akan dikorbankan masa hari saya haji. Khemah dah tersedia dah ni. 


Kawasan sini katanya tanah wakaf dan sangat la luas. Ada 31 ekor lembu yang akan dikorbankan tahun ini. Ini di bawah pengurusan Masjid Al Mustaqim, Kg. Dato Abu Bakar Baginda dan surau-surau di bawahnya. 


Lembu-lembu kebanyakkannya berwarna perang (coklat). 


Ada makanan yang disediakan untuk lembu-lembu makan berupa daun pisang. 


Unik betul lembu ni duduk. 


Kami sibuk mencari nombor lembu korban kami. 


Hubby berani ke tengah ni. Saya dan Dania jauh sikit masa ni. 


Inilah lembu korban kami ni bernombor 19. Tapi kan lembu kami ni pun ada nampak mengeluarkan airmata tau...cuma tak jelas je kat sini. 


Lembu kami ni berdiri je masa kami datang....


Lembu ni saya rasa Albino sebab bulu matanya juga berwarna putih. 


Lembu ni masa kami datang ni memang tutup matanya tetapi boleh nampak macam menangis. 


Di pagi Hari Raya, hubby je yang ke tempat sembelih untuk menolong sebab area sini hanya lelaki je yang membantu menumbangkan lembu, melapah daging, menimbang, memotong daging. Tak ada penglibatan wanita. 

Korban ni dijalankan pada jam 9 pagi. 11 lebih pagi dah boleh menuntut daging dah. Cepat juga selesainya. Katanya penglibatan 300 orang petugas. Tahun lepas pun tak silap 30 ekor lembu juga dikorbankan. 

Credit : Fb Masjid Mustaqim 

Peserta mendapat 2kg daging. 


1kg pula berupa tulang. Alhamdulilah. Moga ibadah kita diterima oleh Allah dan moga kami ada rezeki lagi untuk melakukan korban pada tahun hadapan. 


Tengahari, saya buat daging masak Pah saya dan sayur bayam je. 


Hubby cukup suka la makan daging saya masak ni dengan lemang.....tadi lepas makan nasi....dok mencicah pula dengan roti. Saya buat dagingnya berkuah sikit dan bukan kering sangat. Ni mencari lemang pula yang memang ada jual berdekatan dengan rumah setiap kali Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha. 


You alls masak apa tu?. 




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.