Pernah ke pilih Click & Collect kat Watsons? Beli barang online, kemudian kita pick up barang tu. Sebelum ni saya pick up barang kat Watsons yang Dania kerja tingkat atas tapi saya tukar pick up ke Watsons tingkat bawah. Malas nak pergi tingkat atas sebab ada yang kenal. Haha. Kalau saya free, saya pilih la click & collect ni.
Saya beli lip balm jenama Alia (Malaysian homegrown) 3 warna yang berbeza. Random la siapa dapat yang mana. Bau dia wangi ya. Harga? Bawah RM10 dan pembelian RM60 ke atas dapat potongan RM8, dapat juga potongan member point dan bila click & collect ni tak payah bayar kos pos. Sesuai sangat kalau nak bagi remaja perempuan ni. Mesti mereka suka. Saya borong 10 ni sebab nanti ada event hari jumaat ni. Nak bagi kawan2 Dania.
Masa bagi gift untuk kawan-kawan asasi Dania sebelum ni pun, mereka suka. Katanya wangi dan warna soft je bila pakai kat bibir.
Saya order jam 1.04 pm, Dah boleh collect 1.19 pm. Cepat juga kan....mereka budget collect within 1 hour. Ni 15 minit dah boleh collect. Nak bagi juga kawan Dania course yang lama seorang. Ummi dapat bagi 10 je sebab very limited budget. 😅. Kalau ummi kaya, boleh bagi semua kawan Dania tapi......(saya isi sendiri nanti 😅).
Credit : Watsons
Later saya update event apakah itu....
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.