Mi Hiris bersama ibu dan anak gara gara tertinggal lab coat

Ada sekali tu, Dania tertinggal lab coat dia. Ada kelas kat lab tapi lab coat tertinggal....grrrrr geram jugak la saya sebab kena hantar la kat Fakulti....tapi....Dania naik terus kereta sebab katanya lapar la nak ikut ummi pergi makan. Kadang Dania pun dah jemu makan kat cafe kat Fakulti. Ada gap 2 jam 30 minit ni jadi jom la kita ke IOI City Mall. Kat sini banyak tempat makan boleh dipilih. 

Kami ke Mi Hiris....


Order dumpling. Sedap ni cicah dengan chili oil. Nyumsss....
 

Saya makan shrimp dan mi dia saya pilih mi hiris. Boleh juga pilih mi tarik. 
Dania pula mi tarik isi ayam....


Makan la kami dua beranak ya. Kawan2 yang Dania baik tak balik pun. Gap tak lama mana setakat 2 jam 30 minit. Mereka makan kat cafe kemudian lepak kat surau tunggu masuk waktu. 

Lepas habis makan, hantar balik Dania ke Fakulti. Ummi cakap lain kali tinggal lagi lab coat ummi tak hantar dah. Bayar je la denda RM5 untuk pakai lab coat kat lab tu. 😅




XOXO,
Ezna



Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.