Kalau dah minat, memang tau je la kalau ada event kat mana ni. Selain dari kumpulan BTS, Dania minat dengan kumpulan Enhypen. Kumpulan ni pun bernaung di bawah kumpulan yang sama dengan BTS. Kiranya adik-adik junior BTS la.
Event Pop up ni diadakan di 1 Utama Shopping Center. Kena tahu kat new wings ke old wings ke. Nanti kalau parking jauh kena menapak ke tempat event ni lagi la haru sebab 1 Utama ni luas.
Kat sini masuk dengan tenang je tak payah beratur pun. Kena isi QR code dan boleh terus masuk.
Kat sini karakter kartun setiap anggota kumpulan Enhypen ni dipanggil 'Enchin'. Sama macam senior mereka BTS pun ada watak kartun bernama 'BT21'.
Diantara barangan yang dijual ialh keychain. Harganya memang mahal la bagi saya walaupun barang dia kecik je.
Setiap anggota tu dengan karakter masing-masing jadi peminatnya akan sambar la barangan karakter anggota Enhypen yang mereka minat tu.
Kumpulan KPop ni semua ada bomb masing-masing. Jadi bila concert, peminat akan membawa bomb dari kumpulan KPop itu sendiri. Bomb kumpulan Enhypen ni dipanggil Engene Bong. Kalau kumpulan BTS dipanggil Army Bomb.
Dania minat anggota kumpulan nama Jay dan karakter dia seekor kucing hitam dan namanya Noxstar.
Ni lah Noxstar tu.
Ada juga dijual patch ni.
Comel-comel la patch ni yang boleh diseterika kat baju atau fabrik yang lain.
Kalau nak buat keychain boleh beli ni.
DIY Patch yang Dania pilih untuk watak Noxstar.
Ni ala ala blind box ni. Tak tahu dapat apa ni.
Macam-macam karakter ada.
Ha ni light stick cover pula.
Ada jual pouch juga tapi yang Noxstar dah tak ada. Mungkin orang serbu awal-awal lagi.
Boleh letak belakang handphone.
Dah alang-alang sampai sini jadi bergambar la kat setiap sudut.
Tak ramai pun jadi tenang je la nak memilih.
Ada 6 ekor karakter.
Tak lupa kena bergambar juga kat standee comel ni.
Noxstar kegemaran Dania dengan keychain plush yang boleh letak kat beg.
Lagi gambar....
Close up 3 watak kat sini.
Dan sini...
Garangnya Noxstar kecik ni.
Kalau datang awal-awal masa event ni baru dibuka memang ramai yang beratur kata Dania. Ni dah lengang dah.
Siap letak kat beg dan Dania pun pakai baju T Shirt Jay ni.
Ambik lagi la gambar.
Dania baca tulisan Korea ni. Baca boleh cuma tak faham maksudnya apa.
Comel-comel semuanya.
Saya dulu pun pernah minat kumpulan NKOTB (New Kids on The Block) dan KRU. Jadi faham la kan minat macam mana. Tak adalah keterlaluan. Poster-poster pun ada cuma tak digantung dalam bilik je la.
Masa muda-muda pernah minat sesiapa tak?. Atau ada yang you alls minat sekarang?.
***Masa ke sini, Dania dapat whatsapp dapat interview kerja Part Time jam 3 petang 4 Julai 2026. Email resume 3 Julai 2026....esoknya terus kena panggil interview tapi Dania tak nak pergi. Ummi rasa cam rugi sebab kedainya wangi ya....huhuhu. Jual sabun mandi wangi-wangi tu. Nama brand tu L**H (Siapa boleh teka?)...dulu tahun 2024 pun pernah tolak interview sebab dah dapat masuk F.O.S. Kali ni pun tolak lagi. 😅 Yang nak kerjanya Dania jadi biarlah dia je buat pilihan kan.
XOXO,
Ezna






























Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.