Pelajar sains ni memang akan ke makmal (lab) la cumanya kerap atau tak mengikut program yang diikuti. Kalau Bacelor Sains Haiwan dengan Kepujian ni memang akan ada subjek kena masuk makmal.
Lab coat jangan lupa pakai kalau masuk lab ya. Dania pakai lab coat zaman asasi je. Ada je yang pakai zaman matrikulasi jadi kat coat tu nama matrikulasi yang mereka hadiri.
Masa pergi ni, Dania datang sekali dengan ummi dah ayah. Hehe....sebenarnya baru breakfast sama-sama kat Bandar Baru Bangi jadi singgah la Fakulti Dania lepas tu. Dania seorang je masuk lab. Ummi dah ayah tunggu dalam kereta je. Dania wakil group kena timbang. Ikut mana-mana yang tak ada kelas hari Jumaat, dan kebetulan Dania seorang je dalam group tak ada kelas hari Jumaat. Elektif yang Dania pilih tak ada kelas hari jumaat sampai ada seorang kawan Dania ni terkejut. Kebetulan la pulak elektif yang Dania pilih tu macam tu. Sem ni 3 hari direct cuti la. Lagi satu sebab rumah Dania paling dekat dengan fakulti. Apa salahnya membantu group kan....dalam 5 km je ke Fakulti dari rumah 😃.
Semester 5 ni hanya ada 2 kelas je, Dania sama dengan kawan2 sekelas. Lain2 dah tak sama dah (kalau pilih elektif yang sama...jumpa lagi la dalam kelas tu). Elektif kena rebut dengan senior dah. Sem ni je Dania ambik 3 elektif. 1 je sama dengan kawan2 sekelas yang Dania baik. Lagi 2 bawa diri la ya. Ada je yang sama dengan kawan sekelas yang lain. Tak apa kita nak belajar kan....bukan semua kena ikut kawan je. Dania pilih apa yang dia minat. Dania ada tanya senior tentang subjek elektif ni.
3 Elektif Dania semester 5 ni ialah :
1, Feed processing technology
2. Resource planning and evaluation
3. Logistics and supply chain of livestock products
Ada kawan Dania masuk 1st class elektif yang dipilih Dr tu dah kata susah nak dapat A kelas saya....perghhh nasib baik tak pilih elektif yang tu. 😅. Ada satu kelas elektif yang Dania masuk, Dr tu pergi kat Dania dan cakap....apa khabar Dania?. Dr tu masih cam Dania sebab masa Dania membantu membersihkan Department of Animal Science tu masa makan, Dr ni cakap saya kenal student ni.....dia selalu duduk depan. Masa sem 2 pula, pernah Dr ni ajar subjek Livestock Extension. Masa naik bas, Dania distribute karipap kat satu bas. Dr ni pun dapat la karipap yang Dania distribute ni. Ummi pulak macam hero cakap dalam bas nanti minta karipap dengan Dania. Saya buat macam anak2 saya je tapi saya tak perasan ada Dr dalam bas. Haha....tak perasan tapi bila tengok gambar....Dr ada dalam gambar saya 😅...Alamak.....Dr ada tanya karipap tu mak buat ke kat Dania. Dania kata beli....bila Dr kata sedap, Dania bagi extra plastik karipap untuk Dr. Saya rasa Dr ingat pasal ni tak?....tu yang beliau ingat Dania.
Sebenarnya saje saya tempah karipap 100 biji niat nak bagi kelas Dania. Saya minta orang buat karipap tu deliver kat saya betul2 lepas subuh sebab Dania nak bertolak untuk aktiviti luar dalam jam 7 pagi. Ambik la karipap dalam gelap2 tu. Masih panas lagi. Intinya saya minta kentang / ayam sahaja sebab ada student india dalam kelas Dania. Lepas tu kami singgah masjid UPM dan kat situ juga masukkan karipap dalam plastik siap-siap.
Eh...melalut cerita karipap pulak. 😆. Tapi...mungkin sebab karipap yang saya order tu buat Dr tu ingat Dania. Tapi mungkin bukan sebab itu juga la kan saya agak2 je...mungkin Dania dan 3 kawan yang dia baik selalu duduk di barisan hadapan. Setiap kali kelas, setiap kali duduk depan. Muka yang sama je.
Ada satu subjek pula sebab Dania ada deal dengan lecturer ni sebab Dania ketua projek untuk online seminar tu. Jadi Dr masih ingat la Dania. Jadi ok lah bab ni....tapi ada je lecturer yang kenal student satu kelas. Dania pernah jumpa. Ada yang kenal certain orang ajer sebab student tu meniru dalam peperiksaan, suka buat bising, datang kelas lambat, ponteng kelas, selalu mengantuk dalam kelas, duduk selalu di bahagian hadapan, suka bertanya soalan etc...jadi...kita pilih nak jadi yang mana....mana la tau kot ada 1 markah je nak dapat A dalam peperiksaan, disebabkan kehadiran ke kelas 100 % jadi Dr bermurah hati bagi markah extra. Lecturer pun manusia biasa juga...jadi kena hormat la kan macam guru juga.
Ni lah Department of Animal Science.
Department Dania kat bangunan C. Kat sini ada beberapa Department juga seperti :
1. Department of Crop Science (Jabatan Sains Tanaman)
2. Department of Plant Protection (Jabatan Perlindungan Tumbuhan)
3. Department of Land Management (Jabatan Pengurusan Tanah)
4. Department of Aquaculture (Jabatan Akuakultur)
5. Department of Agriculture Technology (Jabatan Teknologi Pertanian)
6. Department of Agribusiness and Bioresource Economics (Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber)
dan
7. Department of Animal Science (Jabatan Sains Haiwan)
Apa yang Dania kena buat?
Nak timbang ayam yang telah dipotong untuk melihat kadar kelembapan yang hilang. Group Dania dah potong ayam ni hari selasa, 13 Oktober 2026 dan ternyata Dania kata selepas ditimbang pada hari jumaat, 16 Oktober 2026 memang ada penurunan dalam kelembapan ayam ni. Kadar air dalam ayam ni menyusut setelah 3 hari.
Jadi, boleh disimpulkan ayam yang kita simpan dalam peti ais tu lagi lama kita simpan, lagi kurang kelembapannya.
Ada 2 sampel yang kena timbang.
Dah timbang kedua sample ni selesailah tugasan group Dania. Setiap group ada wakil yang kena timbang. Ni untuk subjek Meat Science (Sains daging).
Saya tulis se'detail' yang boleh sebab ada yang baca blog saya semata-mata nak tahu lebih lanjut tentang course Bacelor Sains Haiwan dengan Kepujian ni yang katanya mencari info online dan came across blog saya ni.
XOXO,
Ezna


Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.