Aidilfitri pertama bersama Sultan Kedah?

Kami keluar awal sikit la dari hotel sebab nak solat sunat aidilfitri kat Masjid Zahir. Ikutkan ada masjid lain berdekatan hotel kami. Masjid Zahir ni dalam 7km kot. Masa tiba tu nasib baik masih ada parking kat luar masjid. Kami parking kat kedai tu tapi masih dekat dengan masjid la. Limited parking pun dalam pekarangan masjid. 

Bila tiba, saya dan Dania kat area khemah sebab dalam masjid dah full. Ok je kat khemah ni sebab ada kipas cuma lantainya kayu. Kena bawa sejadah. Saya dan Dania memang sedia dah bawa sejadah muka. Solat sunat kat Masjid ni jam 9 pagi. 

Kena tunggu Sultan Kedah dengan kerabatnya dulu. Nampak tak khemah warna kuning tu? Tempat tu nanti tempat pemberian duit raya Sultan Kedah untuk anak-anak kecil.  

 
Lepas solat, ambil peluang la bergambar depan kenderaan rasmi Sultan Kedah. Kereta berjenama Rolls Royce. 


Masa ni tak ramai orang lagi nak ambik gambar dengan kenderaan rasmi Sultan Kedah. 


Ini pula polis-polis pengiring Sultan Kedah. Boleh je ambik gambar dengan polis-polis ni. Belah kanan Dania polis tu tengah senyum. Sebenarnya kereta bomba pun ada berdekatan. Belakang belah kiri tu kereta bomba.


Bergambar berlatarbelakngkan Masjid Zahir. Malam sebelumnya kami berbuka kat pekarangan Masjid ni juga. 


Tak boleh nak buka mata sebab matahari memancar. 


Sekali.....eh eh saya cakap dengan Dania...macam kawan ummi la tu. Kawan tu sibuk dengan nak ambik gambar dengan kamera 360. Hehe sibuk pula saya....excuse me....Hasnul?. Terus la Hasnul Azhar terkejut....eh katanya....jadinya saya ajak la wefie beramai. Hehe. 

Belah kiri sekali menantu Hasnul, kemudian kedua anak lelakinya. Hasnul ni kawan sekolah menengah masa saya bersekolah Form 1-3 di SMKA Simpang Lima (nama baru SMKA Tun Rahah). 


Nama orang panggil kat sekolah dulu Cenoi. Saya lebih suka panggil nama betul. Hasnul kata nampak suami saya solat kat dalam Masjid. Saya kata mana kenal....katanya video yang saya letak kat media sosial. Hehe. Ye lah....boleh cam suami saya pulak tu. Tak berpeluang jumpa isteri Hasnul sebab tak datang Masjid. 


Lepas tu Dania pulak sibuk jadi photographer. Hehe....untuk keluarga kuning....anak-anak keluarga kuning dapat duit raya dari Sultan Kedah. Ayah ayah mereka ni macam kembar seiras sebab muka sama. 


Dan....keluarga pink juga. 


Barulah gambar kami bertiga. Hubby kata bersalaman dengan Sultan Kedah, anak Sultan Kedah dan Menteri Besar Kedah. Gambar takde la ya. Memori je ada. 


Lepas tu singgah rumah Kakak Ipar. Ni cucu kakak ipar la ni. Tidur dalam buai. 


Lepas tu kami ke Tanjung Musang pula nak melawat rumah Mak Saudara hubby kat sini....cuaca kat Kedah ni memang panas betul. Angin dia bahang panas. Lama dah tak hujan kat sini. 


Baju merah tu Panglima yang kami pergi kenduri kahwin kat Kem Wardieburn tu. Kalau kat kampung, panggil Asri je. Sempoi je tak ada pangkat. Kalau ikut pangkat Panglima ni anak saudara saya. Beliau panggil saya Mak Tam sebab hubby bersepupu dengan Pak Mertua dan Mak Mertuanya. 


Dania bergambar dengan Awatif (baju biru) dan Aishah (baju maroon). Dania punya mata pun dah tak nampak sebab panas betul. 


Kemudian kami pun menuju ke hotel pula. Keluarga Maksu dan keluarga Awatif dan Aishah ni nak pergi rumah kakak ipar saya pula. 

Bila dah panas ni, mood nak ambik gambar ramai-ramai dah tak ada dah. Bukan panas biasa-biasa ni tapi tak boleh bincang sebab panas kemarau yang berpanjangan.




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.