Kenduri anak kepada ex MRSM Beseri

Hubby masuk group ex MRSM Beseri tapi selalunya baca whatsapp ajer tak aktif pun sehinggalah ada group kecil turun Putrajaya kat Q Bistro. Masa ni kami baru lepas balik dari Padi Sawah. Hubby macam kata kenyang juga nak jumpa kawan-kawan tapi saya kata pergilah alang-alang dah dekat sangat ni. Group yang turun Putrajaya ni bukan orang dekat pun. Nun dari utara....Perlis la Pulau Pinang la. Hubby ingat yang baju merah tu lecturer kat USM. Sama Uni macam adik Suzz ni tapi tak tahu Fakulti mana la. Masing-masing senior dalam bidang masing-masing la kalau ikut umur pun. 😅.

Rupanya mereka turun sini sebab ada kenduri kahwin anak kepada seorang batch mate mereka ex Beseri juga dan beliau minta jemput la hubby juga. Tuan rumah tu tak dapat la turun sini sebab sibuk anak nak kahwin keesokannya. 


Esoknya...ikutkan hari yang sama ada 4 jemputan. Nampaknya kena pilih-pilih juga ni memandangkan kendurinya ada yang jauh juga. 

Majlis kenduri anak kepada ex MRSM Beseri diadakan di MAKSAK (Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia) yang terletak di Presint 14. Memang dekat sangat dengan rumah saya. Kiranya berjiran Presint 14 dan kawasan rumah saya ni. Kami pergi sini dulu. 

Dewannya cantik dan luas dan parkir pun banyak. Dewan kan kadang-kadang ada tiang-tiang kat tengah kan? Dewan ni takde tiang jadi semua boleh nampak pengantinnya. 


Hubby sibuk berjumpa kawan sekejap dan saya tak tunggu dah. Moh la kita makan. Lapar dah ni 😅. Nak kena berpada-pada ni sebab selepas ni ada kenduri yang lain pulak. Kalau ada nasi putih dan nasi minyak, saya akan memilih nasi putih. Kalau tak ada nasi putih barulah saya makan nasi minyak. 


Bunga kat laluan karpet pengantin. 


Pelamin yang tersergam indah. Pengantin tak tiba lagi la sebab kami datang ni jam 11 lebih. 


Ni warna kegemaran saya ni....cantiknya kombinasi warna ungu lembut dan putih ni. 


Ni dah nak gerak ke kenduri kahwin lagi satu ni. Ada gambar pengantinya. 


Ni paling penting ni...ex MRSM Beseri kawan hubby. Senior kat Bank Negara. Tak lama lagi bersaralah. Beliau cakap yang kahwin ni anaknya yang kedua. Ni kiranya majlis perkahwinan yang pertama. Dekat rumah tak ada gang lelaki. Anak-anaknya semua perempuan. Lebih kurang sama dengan hubby la takde gang lelaki. Hehe. Nanti gang la dengan menantu ya wahai hubby....Eh....😅

 

Habis dah cerita kat MAKSAK ni kita berpindah ke kenduri yang lain pula. ETA ke Elmina dalam 1 jam lebih. Kali ni kenduri adik ipar kepada adik saya. 

Batch hubby kat MRSM Beseri ni unik sikit sebab ada yang jadi pilot dan bekerja sama company dengan jiran rumah sederet dengan saya dan mereka saling mengenali, ada yang satu batch berkursus PTD dengan adik saya, ada batch hubby yang kahwin dengan batch saya masa sekolah menengah dan ada batch hubby kat MRSM yang kahwin dengan adik beradik suami sepupu saya jadi beliau ni adik ipar kepada sepupu saya. Masa kenduri kahwin sepupu saya ni beliau ada la dan tanya hubby ada kena mengena ke dengan majlis ni....hubby pun cakap la anak kepada sepupu belah isteri yang kahwin. 

Betul la dunia ni kecik je...pusing-pusing...kita semua saling mengenali....





XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.