Pagi-pagi hubby lepas solat subuh kat Masjid, singgah beli nasi lemak untuk saya dan Dania. Makan kat dalam bilik je. Nasi lemak berwarna kuning. Kali ni pakej penginapan kami tak ambil sekali dengan breakfast.
Berhenti sekejap kat Dataran Alor Setar ni untuk ambil gambar. Dataran ni on the way nak ke rumah kakak ipar saya.
Bergambar dulu kat area Menara Jam.
Belakang ni cantik macam ala ala kota kat Melaka tapi yang Melaka tu berwarna merah. Ni berdekatan dengan Muzium Diraja Kedah.
Pintu gerbang ni keseluruhan. Atas ni senget sikit gambarnya.
Cantik bangunan ni.
Kena cepat-cepat snap sebab cuaca terik juga masa ni. Bangunan tinggi belakang kami tu Menara Alor Setar. Baju kebaya saya dan Dania ni sedondon.
Dataran Alor Setar ni dipisahkan oleh jalan dengan Masjid Zahir.
Cuaca sangat baik dengan langit berwarna biru.
Kalau tak silap ni Muzium Kesultanan Kedah.
Belakang kami ni bangunan putih ni Balai Seni.
Ambik kesempatan bergambar di pintu kayu yang cantik ini.
Klasik design pintu ni ditambah pula kat atas tu kaca berwarna.
Dua gambar kat bawah ni minta tolong ada satu keluarga yang mengambil gambar kat sini. Kasut saya dan Dania pun kebetulan keduanya berwarna pink.
Kain saya ni dari kain yang Suzz beli dari Sabah. Kebetulan warnanya kena dengan baju kebaya saya. Ada warna pink, kuning dan hijau. Alhamdulilah. Thanks Suzz.
Memang cantik kalau dapat bergambar kat sini sebab bangunannya putih jadi bila kita pakai baju yang berwarna memang kita akan nampak menonjol la.
Sesekali tengok macam nampak design bangunan ni macam zaman kolonial inggeris.
Saya dan hubby pulak la. Dania tolong snap.
Hubby dengan baju Khatam. Hubby kata selesa sangat.
Habis bergambar, terus ke rumah kakak ipar berdekatan dengan sekolah Sultanah Asma. Kat sini kami dijamu lagi masakan tapi saya makan sikit je la sebab dah breakfast nasi lemak tadi kan.
Dania dengan anak saudaranya. Anak kepada sepupu Dania.
Muka terkejut pulak Yara Clarissa ni. Nama anak zaman sekarang.
Lepas tu kami semua konvoi nak ke Simpang Empat untuk ke rumah sepupu hubby. Setiap tahun anak sepupu hubby tu akan buat makan-makan ikan bakar pada hari raya kedua. Katanya senang semua saudara mara dapat berjumpa di situ...jauh dan dekat berkumpul semua.
Anak saudara hubby lead kami jalan atas batas ban. Jalannya ada yang elok, ada yang tak elok sebab berlubang....ye la jalan atas tanah merah sebab nak elak jam di jalanraya. Ada laluannya luas, dan ada laluannya sempit sangat.
Cuaca yang panas menyebabkan ada kawasan nampak kering sangat.
Ok dah tiba dah rumah saudara kami ni. Kena cari parking dulu tepi sawah padi ni.
Ni lah rumahnya. tepi parit air ni yang masa kecik-kecik hubby mandi kat sini dan pancing ikan. Kadang-kadang ada udang juga hubby cakap.
Makanan yang dihidangkan ialah keli bakar.
Tukang masaknya...Fauzi....ada warung kat Simpang Empat namanya :
Kedai Ikan Bakar Pak Ndak
Kampung Selarong Panjang
06650 Simpang Empat
Kedah
Memang sedap perapannya. Ni pun nak bagi beberapa ekor ikan keli buat saya dan hubby tapi kami lepas ni nak ke Perlis pulak. Pernah Fauzi bagi ikan keli bila hubby balik seorang kat Kedah. Bila tiba rumah kami...ikan keli tu elok lagi. Memang sedap sepanjang kami setiap tahun raya kedua makan ikan bakar ni. Memang berselera makannya.
Kat rumah ni memang jumpa ramai saudara-mara tapi bila sibuk makan ditambah dengan cuaca yang panas dan angin yang bertiup pun bahang panas jadi takde mood nak ambik gambar semua. Kalau boleh nak duduk je bawah tempat yang berteduh je.
Sebelum balik, hubby mengait buah kuinin, buah mangga. Nanti boleh la pass kat abang ipar kat Shah Alam yang tak balik raya. Abang ipar ni abang kepada hubby.
Banyak juga buah yang kami kait. Hubby la kait. saya tukang masukkan dalam plastik dan buah yang rendah tu saya pulas je. Hehe. Kena berhati-hati dengan getah buah la. Ala relaks je saya ya.
Isteri Fauzi nama Fizah bekalkan saya kuah rojak. Kuah rojak family Fizah ni sedap sangat. Sesuai makan dengan buah-buahan. Bagi 2 bekas sebab 1 bekas nak kirim kat Abang Ipar saya tu.
Tamatlah 3 hari 2 malam kami di Alor Setar. Next journey kami pula di Kuala Perlis.
XOXO,
Ezna











Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.