Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, January 3

Selamat Tahun Baru 2022 !!!

Selamat Tahun Baru 2022!. 

Apa yang anda dan keluarga lakukan bersama pada tahun baru?. Kebetulan nak jumpa kawan sebab nak beli laptop yang beliau menang dalam contest Nescafe. Saya pun ada menang contest yang sama tapi cuma ewallet Touch and Go ajer. Pagi tu bergerak ke Shah Alam. Sebelum tu pun dah tanya kawan tentang banjir. Fobia pulak saya bila memikirkan Shah Alam kan baru dilanda banjir. Masa tiba tu pun malam sebelum tu pun hujan renyai-renyai. Takut kat Batu 3 air naik. 

Pagi tu kami breakfast dulu kat Restoran Cili Merah. Selesai breakfast baru la family kawan saya ni datang. Yang menang ni suaminya. Untung beli dengan mereka yang menang contest ni bukan apa...harganya memang boleh kawtim la orang kata. Kereta mereka pun hasil menang contest. Memang beruntung la. Hobi yang boleh menjana pendapatan kalau buat bersungguh-sungguh. 

Beli laptop ajer tapi free Kit Kat. Hehehe....laptop ni beli siap-siap untuk Dania nak sambung belajar nanti. Hubby kata laptop dah keluar tapi result SPM belum lagi 😁. Ye lah Dania baru tahun ni nak ambik SPM masa umurnya kalau ikut tahun 18 tahun. Beli laptop dari kawan ni sebab nak penjimatan yang lebih la kan. Since kita kenal. Jenama pulak Dell. Jadi ok ajer bagi saya. Dah siap2 suruh hubby tengok specification dia. Hubby approve ok la sebab hubby pun line IT jadi tahu la sedikit sebanyak spec laptop ni. Untung anak zaman sekarang ye....

 
Lepas tu ke Digital Mall, PJ nak cari mouse pulak. 


Masuk Dell ni nak cari mouse. Banyak la laptop Dell yang dipamerkan dari semahal-mahal sampai yang spec yang paling basic. 
 

Dania pegang ni la spec sebijik yang beli kat kawan tu. 


Demi sebuah mouse....dapat la sebuah harganya RM28 jenama Dell jugak. Pergi pagi-pagi tak ramai orang kat Digital Mall ni ha...senang. 


Malamya hubby kata makan kat luar. Buat seorang isteri yang selalu masak ni rasa yahooo sangat. Ingat nak makan kat Seoul Garden tapi sana sini sinun call penuh..kena waiting list lagi. Hmmm tempat lain la kita pergi makan eh?. 

Akhirnya ke Serai @ Shaftsbury Cyberjaya kita tuju. Selalunya kat sini memang tak ramai orang. 


Ambik gambar family dulu ye...baru makan. Hehe. 


Pemanis mulut Pavlova ni sedap sungguh tapi rasa macam dah naik harga. 


Ni Nasi Goreng Thai. Teringat rasa nasi goreng ni saling tak tumpah macam yang saya makan kat Thailand. >>> Trip Thailand saya.


Mee kari pilihan hubby. Udang galah tu hubby bagi kat saya. Udah ada satu budak tu tunjuk2 kat udang galah ni. Ye lah siap berkaki lagi haa....


Mee goreng untuk Dania. Dia kata kalau ke sini asyik makan spaghetti carbonara je. Jadi hari ni bertukar angin la pulak. 


Kat kaunter ni selalu banyak pavlova ke macaroon ke...kali ni licin. Cantik pulak bunga warna ungu ni haa....


Inilah lembar pertama di tahun baru. Moga ada banyak lagi kemanisan dan kegembiraan buat kami sekeluarga untuk tahun ni. Tahun yang mendebarkan buat saya dan hubby kerana Dania nak ambik exam SPM pada tahun ni. To be exact bulan 2, 2022 dah ada peperiksaan amali untuk Fizik, Kimia dan Biologi. 

Doakan Dania ye?. Ummi dan ayah sentiasa mendoakan yang baik-baik buat anak ummi dan ayah ni....💟.



XOXO,
Ezna











 

7 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. Moga tahun ni banyak kenangan manis tercipta dan Covid berlalu pergi dari bumi Malaysia.

      Delete
  2. Selamat Tahun Baru! Looks like you had a fun day, and i like to makan at Restoran Serai juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun baru dan azam baru. Hoping that tahun ni Covid hilang dari bumi Malaysia.

      Delete
  3. wahhhh bestnya kawan tu menang laptop. murah rezeki dia. pavlova tu nampak sedaplah.selalu juga ke cyberjaya tp xprnh singgah lg restoran Serai tu. Anyway, all the best for Dania. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menang laptop dan macam2 sebenarnya termasuk kereta X50 dia tu Zharif. Rezeki....nanti pergi try makan kat Serai yang terletak kat Shaftsbury, Cyberjaya ni...

      Delete
  4. dap nye semua menu.. wah, untung dpt laptop baru tu.. all the best for SPM Dania!!! anak nak exam, mak2 sama berdebar kan...

    ReplyDelete