Bila ada lauk tak habis......

Kadang bila makan tomyam, tak habis pula kuahnya sebab terbuat banyak. Boleh simpan lagi tu. Saya rendam bihun dan boleh la makan dengan kuah tomyam tu. Kuah tomyam pula saya tambah bahan sikit dalamnya seperti udang dan lobak merah. Lepas tu rebus telur dan boleh la kita makan ya. 

Dania sampai menghirup kuahnya sampai ke titisan terakhir. Sedap la hirup kuah tomyam kan. Saya buat ni just nice je takdelah pedas sangat. 


Telur yang direbus guna pengukus telur Khind. Lama dah dia berkhidmat. Alhamdulilah. 


Malam pulak tak nak makan nasi juga jadi makan bihun cumanya....bihun tu makan dengan sup. Sup ni saya masukkan udang dengan lobak merah. Sup dia saya suka yang clear dan tak banyak rempah. Ada yang suka masukkan rempah sup ke apa kan....tapi saya suka yang clear je. Saya letak garam dan lada sulah je. Lepas tu taburlah daun sup dan daun bawang. 


Sediakan minyak bawang putih. 


Dah tentulah bihun kan. 


Ada juga la telur rebus. Ok lah masakan untuk hari ini. Alhamdulilah. 

Ada yang suka bihun tomyam dan bihun sup?. 






XOXO,
Ezna





 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.