Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, April 8

Barangan antik

Pagi ahad sebelum Dania start sekolah, ada ke Evo Bangi sebab nak cari barang. Kat dalam Evo ni ada Supermarket Aeon Maxvalu. Suka pergi sini sebab tak ramai orang compare dengan kat Giant Kipmall tu. Boleh juga collect points guna kad Aeon tu. 


Macam-macam dibeli termasuk roti, minyak, cheese, beras, daun salad dan macam-macam lagi lah. Kebanyakkan tu nak buat bekal sekolah Dania lah. 


Lepas dah membeli-belah tu terasa haus la pulak. Jadi singgah la minum dan makan roti kat dalam Supermarket Aeon Maxvalu ni. 


Selesai makan dan minum, ada pulak pameran antik kat dalam Evo ni. Haruslah singgah cuci mata. Macam-macam barangan lama yang dijual. 


Kerusi ni selalunya pengantin zaman dahulu duduk kat kerusi ni. Rasanya pernah nampak dalam filem P Ramlee jugak. Macam ada gambar arwah mama dan papa duduk kat kerusi ni masa kahwin dahulu. 


Pinggan mangkuk antik ni. Saya ada beberapa koleksi pinggan mangkuk bunga hitam tu. Arwah mertua saya punya. 


Lampu ajaib?. Agak2 jin boleh keluar ke bagi saya 3 permintaan?. 😍. Tembaga nak letak lilin tu ada kat rumah arwah mama papa saya dahulu. 


Ni bukan barangan antik ni. Scary tengok robot hitam bermata merah tu. Macam iron man ajer. Iron man ni masa pertama kali Tony Stark cipta masa dia kena tangkap kat gua oleh puak 7 rings.  


Dania sibuk suruh ummi tengok kamera lama ni. 


Piring hitam.


Set tepak sirih tembaga pun ada. Bahan hiasan dan juga sudu tembaga tu macam pernah tengok dulu-dulu. Tak ingat kat mana. Mungkin juga kat rumah opah saya. 


Matawang zaman dahulu. Pernah nampak kat dalam buku sejarah ajer. 


Tengok la matawang Ingot ni. Entah apa ke bentuknya ni?. Bila saya tanya jumpa kat mana? Dia kata kat dalam tanah. Tapi ikutkan misteri la juga barang-barang lama ni kan. Kot la ada semangat lain kat situ. Tak berani saya nak membelinya. 😧. Kalau cerita ngan suami mesti dia kata banyak sangat tengok channel Boo (Astro) lah tu 😂.


Ala....terlupa pulak nak snap gambar kenderaan van Volkswagen yang antik tu. 
You alls semua berminat ke nak beli barangan antik macam ni?. 

21 comments:

  1. Suka tengok barang antik tapi tak suka mengumpul.
    Setakat tengok2 je la.
    Tapi memang menggamit kenangan betul la.

    ReplyDelete
  2. dulu arwah pak long mmg suka barang2 antik mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang memang minat kumpul barangan macam ni....

      Delete
  3. Kat kampung Rawlins banyak hiasan dan alatan tembaga termasuk senapang patah lama zaman Rajah Brooke, atuk Rawlins yang kumpul dan simpan.

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa dulu kat penang ada tempat jual barang2 camni, tak pernah sampai lagi evo ni, pinggan2 mangkuk tu mahal tak?

    ReplyDelete
  5. To be honest, I'm not a fan of antique stuffs. But when I saw those Lat Comic Collections, Simpson Figurines, Snoopy stuffs, and etc.....my eyes pop like WOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!! I must visit this mall! Thank you for sharing this information with me.

    ReplyDelete
  6. best juga tempat ni.. boleh leka dibuatnya.. sy memang suka dengan barang antik..

    ReplyDelete
  7. so nice the antique collection, i wish I am there too for the shopping, thanks for sharing this. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Banyak nya barangan antik ni. Mesti harganya pon menarik jugak kan .... kerusi pengantin dolu2 tu memang awesome... terbaik lah nampak masih lagi dalam keadaan baik

    ReplyDelete
  9. mata wang antik tu menarikla...murah pulak tu..btw you x beli apa2 ke ezz?

    ReplyDelete
  10. Kalau Sis memang tak minat sangat, kang beli bawak balik, kena sumbat stor dengan Suami kang huhuhu.. tapi kalau nampak suka belikan untuk kawan..

    ReplyDelete
  11. Marsha suka barang-barang antik ni. Harga mesti menarik. Suka tengok barang-barang antik rare ni

    ReplyDelete
  12. Wah barangan antik. Teringat dekat kawan baik Ty, dia dan family dia memang menjual barangan antik dari seluruh dunia. Setiap bulan hampir satu kontena akan datang rumah. Bapa dia ada kedai di Penang. Rumah dia pun penuh dengan barangan. Suka tengok. Dia punya bisnes satu Malaysia dia COD. Siapa suka leh la buat koleksi.

    ReplyDelete
  13. tertarik lak tengok Ironman tu. Agak2 berapa la diorg jual tu

    ReplyDelete
  14. Bila tengok barang antik rasa macam menggamit memori zaman duduk di kampung dengan atok dan opah. Sebab kerusi lama tu zaman dulu memang suka set kerusi meja besi begitu. Kemudian deko deko item pun banyak persamaan. Belom lg koleksi tempat telur org kawin yang design zaman dulu. Rekaan dia sangat cantik. Teringat dulu saya buat tempat pin tudung. Zaman sekolah saya pin tudung tak sebanyak sekarang. Tapi elok 3 biji tu sentiasa ada. Hahaha.

    ReplyDelete
  15. Fuhhh macam2 ada. Unik betul. Husband suka jugak simpan barang-barang antik ni

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing antiques like these are hard to find these days, last time used to go to Amcorp Mall in PJ.

    ReplyDelete
  17. wow banyaknya barang antik.kalau kat ipoh dulu suka pergi pasar lokin situ memang banyak gila barang. btw muka suami sis macam DG hisyam hahaha baru perasan

    ReplyDelete
  18. kerusi yang berkerawang tu cantik betul tapi tu la dulu dulu suka lah beli barangan antik ni tapi nanti kat rumah penuh bersepah tak larat lah nak kemas....

    ReplyDelete
  19. bestnya ada buka jualan barangan antik ni, boleh deco rumah letak barang antik supaya nampak elegant sikit.

    ReplyDelete