Banglo 289 | Masakan kampung chara orang dulu-dulu

Hari yang nak top up seluar kerja Dania tu, kami makan kat dalam IOI City Mall je jadi kami ke...Banglo 289. Hubby kata PMX kita dan Agong pernah makan di sini tapi cawangan di KL la. Ok jom la kita cuba. Sebelum tu kena tunggu sekejap sebab meja penuh. 


Seleksi lauk pauk yang kita boleh pilih. Hmmm...ikan siakap tiga rasa ni nampak menarik la. 


Masak lemak yang mana menjadi pilihan?. 


Deretan pilihan lauk-pauk. 


Aneka sup. 


Aneka ikan bakar. 


Ulam dengan tempoyak. 


Ikan bawal bakar. Tak macam kena bakar. Mungkin atas je kot yang dibakar. Tak nampak hitam sangat. 


Bila semua lauk atas meja. 


Ikan patin bahagian ekor masak tempoyak. Kuahnya rasa agak manis la berbanding pedas. 


Sayur campur. 


Tempat duduk kami kat view yang cantik. 


Memang ramai betul yang makan kat sini. 


Harga dia pun bukan kategori murah la kan. Tempat makannya cantik dan selesa. Mungkin lauk yang dipilih tak kena sangat dengan tekak. Mungkin kalau kami nak makan kat sini kena pilih lauk-pauk yang lain la. 





XOXO,
Ezna









 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.