Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, July 31

Cath Kidston lagi dan lagi....

Ada hari yang hubby cuti 29 Julai 2019, lepas hantar Dania ke sekolah dan kami berdua breakfast, menujulah kami ke Mid Valley Mall sebab hubby ada urusan kat situ. Lepas habis urusan hubby sesaje lah berjalan-jalan sehingga ke kedai jam City Chain. Mula-mula tengok jenama Olivia Burton. Dalam hati macam design Cath Kidston juga sebab tema bunga. Saje tanya sales girl ada tak brand Cath Kidston. Memang ada la brand jam Cath Kidston jadinya membelek la saya tengok jam Cath Kidston dan paling menarik sebab ada potongan 50% tu untuk semua brand Cath Kidston dan ada warranty sehingga 2 tahun. Menarik tak?

Ni diantara jam yang menarik perhatian saya. Tali ni besi berwarna gold dan dalamnya warna blue black. Pantang betul saya tengok design yang feminin macam ni. Pernah nampak satu kedai jam kat 1 Utama buat potongan 15% untuk jenama Cath Kidston tapi yang 50% Cath Kidston ni baru pertama kali nampak. Banyak tu potongan 50%. 

Photo : google

Kat bawah ni tali warna rose gold pula dengan background warna cerah. 

Photo : Google

Selepas potongan 50% harganya jadi RM209.50. Kalau tali kulit harga selepas 50% tak sampai RM200. 

Hari yang sama juga, https://www.facebook.com/Barangmurahukdotcom/ ada ambik order kat Bicester Village Outlet, UK. Beg Cath Kidston kat bawah ni jadi harga 10 pound sahaja. Kalau convert duit kita dalam RM50.17. Berbaloi ke idak?. Tak pernah la kalau beli kat Malaysia dapat harga semurah ini. Campur la kos Personal Shopper (PS) jadi dapat harga RM99 satu beg kat bawah. Without second thought terus la bayar RM40. Pulak tu boleh bayar ansur-ansur bukan sekali derap. Dalam 2 bulan baru tiba Malaysia. Nak pakai urgent tak boleh la order sebab masa tiba tu lagi 2 bulan. Kalau nak santai-santai dan sabar menunggu ok je beli. 😃😃😃. 


Please please jangan la ada sale Cath Kidston dalam masa terdekat. 😆😆😆

1 comment: