Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, April 1

Iftar di De' Orchid Glass Hall memang berbaloi

Ni ada satu cerita.....di zaman dahulukala.....terasa mood klasik je ni. Saya berkesempatan ke preview buffet ramadan di De Orchid Glass Hall yang terletak di Tingkat 4, Plaza Metro Kajang. 

Apa yang saya perhatikan gerai dihias ala klasik dengan atap ala rumbia dan setiap gerai diberikan nama seperti jalan di Kajang. Gerai ni menghidangkan Nasi Lemak Champion. Bagi saya sambal nasi lemak kena la sedap untuk memberikan keseluruhan impak kepada nasi lemak yang dihidangkan. Ternyata Nasi Lemak Champion ini mempunyai sambal yang sangat 'Champion'. Tak percaya? Kalau iftar kat sini try rasa. 


Menu bihun pun ada. Kalau bihun warna kuning tentulah bihun utara. 


Tak sah kalau takde kuih muih untuk dimakan waktu iftar kan?. Ni lah diantara koleksi kuih muih tradisional pembuka selera seperti kuih jala, kuih koci dan karipap. 


Jarang jumpa kuih ni. Peminat tepung gomak pasti happy. 


Ketayap, lapis nyonya, seri muka dan samosa. 


Gerai Jalan Semenyih menghidangkan air yang beraneka perisa. 


Time panas-panas kalau minum cendol memang best la. Tekak bulan puasa ni memang rare kan. Kejap nak minum itu, kejap nak ini. Haaa cendol ada dihidangkan. 


Bahagian tengah pula dihidangkan menu utama seperti ayam masak merah, lala, kupang dan lain-lain lagi. Banyak juga seleksi hidangan kat sini. 

Credit : sini

Kalau nak tahu dengan banyak seleksi hidangan yang disediakan, mesti tertanya-tanyakan berapa harga menjamu selera di bulan ramadan kat sini ye? 

Kalau telefon sebelum jam 6 petang....

Hari biasa :

RM39.90 Dewasa
RM29.90 Kanak-Kanak

Hari minggu :

RM49.90 Dewasa
RM39.90 Kanak- Kanak

πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€

Kalau walk in 

Hari biasa :

RM45.90 Dewasa
RM35.90 Kanak-Kanak

Hari minggu : 

RM54.90 Dewasa
RM44.90 Kanak-Kanak

Nak kan penjimatan kena la telefon sebelum jam 6 petang. 

Nombor untuk dihubungi :

016 5098532 (Hotline) 
016 9208532 (Amy)
016 6608532 (Farhan)


Lihatlah dewan De Orhid Glass Hall yang boleh memuatkan 350 pengunjung pada satu masa. Lebih 40 hidangan yang disediakan. 

Parking luas, surau disediakan. 




Hiasan kat pentas utama ni mengingatkan pada kampung halaman. 


Jom la berbuka kat sini nanti...
Pssst...pssst....harga di bawah RM100 seorang je tu....


Perasmian buffet Iftar Djarilicious di De' Orchid Glass Hall. 


Info lanjut layari :


29 comments:

  1. Murahnya harga yang ditawarkan..
    Mesti ramai pengunjung akam datang nanti..
    Lagipun pilihan makanan pun banyak.
    Kuih muih dia pun nampak menyelerakan..
    Sedapnya kuih serimuka tu..
    My favourite..

    ReplyDelete
  2. pilihan pelbagai menu lauk pauk tu, mmg menyelerakan..nk2 bulan puasa nanti sure rambang kan mn 1 nk makan...amboi2 sempat lg posing disebalik jendela tu..mmg klasik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ti Amy.....nak ke lala dan kupang tu dulu. Hehehe...

      Delete
  3. banyak makanan..!! rambang mata nak plih nak makan mana dlu nanti =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ikut perut kita la. Makan sikit sana sikit sini. Dapat la merasa semua.

      Delete
  4. agak murah bila tengok harga buffet kat sini. and nampak berbaloi sebab banyak pilihan makanan yang menyelerakan. suka dengan pilihan kuih muih tradisi yang memang sentiasa menjadi fav rakyat malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih muih tradisi yang i cari dulu Ayu....hehe

      Delete
  5. Meriahnya rasa dah nak Ramadan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Iklan Yusof Taiyoob kat radio dah keluar dah.....tak lama lagi dah ni.

      Delete
  6. Murah la harga bufet ini. Susah nak dapat makan bufet dengan harga macam ini. Boleh la pergi ramai-ramai nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...kalau datang dengan rakan sekerja pasti meriah.

      Delete
  7. long time didn't meet you yeah, glad you sharing yummmy food here. Gonna let my friends to know, they finding now where to dine when buka puasa time. Great food great company is what they want!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Great food and the price per pax is also within budget la...

      Delete
  8. Pelik pulak kuih tepung gomak tu macam tu. Seingat saya lah, tepung gomak tu biasa bentuk bulat bulat, macam warna kelabu kelabu coklat, ade serbuk sekeliling. Yang dalam gambar tu, macam kuih peria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Fadzi?. Alahhh akak 2-2 kuih tu tak pernah tengok. Betul juga ya bentuknya macam peria. Ni first time dengar kuih peria. Tepung gomak dah pernah dengar dah...

      Delete
  9. Tengok post kak ezna buat kinah lapar. Aduhai lama betul tak makan roti jala. Nampak sedap tu. Harganya pun berpatutan. Bolehlah cuba kat sini nanti

    ReplyDelete
  10. The price for the buffet is indeed affordable. With so many delicious food, will bring my kids there to try it out too.

    ReplyDelete
  11. wah sedapnya menu djarilicious katering tu. boleh tahan murah jugak bufet ramadan. tak silap ni tingkat atas sekali plaza metro kajang kan. alang-alang shopping raya nanti boleh la datang berbuka puasa kat sini sekali kan.

    ReplyDelete
  12. Tak sangka ada di Metro Kajang. Zaman belajar dulu kat Bangi pergi lah juga kat sana. Btw, harga memang sgt berbaloi dan murah. Mana dpt murah cmtu. Lauk pauk pun bnyk, memang kena pergi lah cuba Iftar kat sini.

    ReplyDelete
  13. Ya ampun murahnya harga buffet ramadhan sini. Kt tempat lain mmg tak dapat harga macam ni. Memang nak bawak keluarga semua kesini nanti.huh

    ReplyDelete
  14. Not badla harga kat sini. Tak ada la mahal sangat. Boleh consider la kalau nak datang ramai. Tapi jauh pulak dengan Iza

    ReplyDelete
  15. Wah.... So far ni harga buffet ramadhan yang murah nina tengok! Caya lah..!! Sure ramai pack nanti sebab harga dia sangat berbaloi. Menu pun banyak tu...

    ReplyDelete
  16. 40 hengget je untuk bebanyak ala hotel ni? Seriously not bad. Mana nak dapat harga bawah RM 50 buffet ala hotel bebanyak gini~~ tapi kat mana eh Plaza Metro Kajang ni. First time dengar even selalu lalu situ.

    ReplyDelete
  17. Harga dia memang yang paling murah setakat ini kan. Menunya banyak dan banyak pula yang menjadi kegemaran diri Rawlins. Haha. Bahaya nie, Dah le dekat dengan rumah Rawlins.

    ReplyDelete
  18. Kita tengok harganya, murah betul ye.. Wah. .Mesti ramai datang sini nak berbuka ni. Tapi jauh dengan kita.. Makanan pun banyak pilihan. Semua nampak sedap belaka ni. Puasa pun dah nak dekat.. Banyak tempat nak berbuka puasa ni

    ReplyDelete
  19. Sekarang banyak Ramadhan buffet yang sedap dan harga pun berpatutan, blh survey dan buat tempahan utk iftar kumpulan rakan sekerja sekali.

    ReplyDelete
  20. Harga sgt berpatutan dan food pun nampak sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  21. All the food there looks really, really delicious. I would want to try the tepung gomak. They look so colourful. :) the price looks really affordable.

    ReplyDelete