My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

2 hari 1 malam di Port Dickson

Sebelum ni saya dan famili pernah menginap di Avillion Hotel Port Dickson. Kali ni saya tempah hotel adik beradik Avillion juga tetapi yang ini Avillion Admiral Cove Hotel. Bilik yang ditempah ni bilik panorama. Boleh memuatkan 3 orang dewasa. 

Kami gerak dalam jam 3 lebih macam tu dan tiba kat Avillion Admiral Cove Hotel ni sebelum jam 6 petang sebab saya bagitahu yang kami akan tiba sana jam 6 petang. Check in smooth je sebab staff reception counter kata kalau tiba lagi awal, sangat ramai yang nak check in. Kira just nice la tiba dekat2 nak jam 6 petang ni kan?. 

Nak survey hotel ni boleh la click https://www.avillionadmiralcove.com


Sofa belah kanan tu jap lagi akan transfer jadi katil. 


Ada juga cerek air dan teh dan kopi serta gula kalau nak buat air panas. 


Nak letak beg besar boleh letak kat tempat belah kanan tu. 


Ni bilik air. Ada tempat untuk mandi dengan air pancur. 


Bilik yang dipilih ini mengadap laut dan kapal-kapal. Bukak ajer sliding door terus ada penghadang grill. Bagi yang ada anak kecil kena berhati-hati. Nama bilik ini Panorama. 


Kalau petang-petang buka pintu ni boleh la tengok matahari jatuh. 


Haa ni sofa yang telah di transform menjadi katil. 


Takkan nak duduk kat dalam bilik je kan jadi kami pun jalan-jalan kat pantai yang tak jauh mana pun dari hotel. 


Ramai juga kat pantai petang-petang ni pun. 


Sambil mengadap jeti, saya berdua dengan suami. Dania la yang tolong ambikkan gambar ummi dan ayah. 



Pakej bilik adalah termasuk dengan sarapan pagi jadinya kat sinilah kami menikmati sarapan pagi kami. Macam ala ala kat dalam khemah pengantin pulak dekonya. 


Selesai bersarapan, rehat dulu kat bilik sebelum check out. Bila dah check out pergi cari PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM2 pula. 

Batu 6
Kampung Teluk Kemang
Negeri Sembilan

Apa yang saya perhatikan kat sini banyak gerai yang kita boleh pilih. Bestnya kita boleh pilih la apa yang kita nak makan. 


Coconut Shake ni untuk Dania dan saya. 


Nasi ayam Dania. 


Nasi daging pilihan suami. 


Saya pilih nak makan asam pedas ikan tenggiri. Sedap asam pedas ni. Berbaloi la makan. 


Ulam-ulaman diberikan percuma oleh gerai yang jual asam pedas jadi berpada la ambik ulam-ulaman ni jangan sampai membazir. Taugeh dan telur asin tu dah sekali set asam pedas ikan tenggiri. 


Disudahi dengan pisang goreng dan keropok lekor. Tak habis pun jadinya tapau la yang tak habisnya tu. 


Overall best ke percutian kat Avillion Admiral Cove, Port Dickson tu?. Saya rasa biliknya luas dan selesa kecuali 2 masalah ni.

1. TV macam rosak. Ada garis-garis hijau kat TV. Nak on dan off tak boleh guna TV controller tu sebab bateri kong. Kena on dan off dekat TV.

2. Ada bunyi air dipam kat bilik air. Sangat annoying bunyinya tu. Nasib baik bila malam takde pulak bunyi air dipam tu. 

Bilik kami tu bilik Panorama Tingkat 7, Bilik No. 10. Haaa kalau boleh elakkan duduk bilik ni ye. 

Tu je nak cerita percutian singkat kami ni....

Sesekali nak kena refresh la nak bagi semangat balik pergi kerja dan sekolah. 





Comments

  1. siap ada pesanan penaja kalau boleh jangan ambik bilik nie. hahahahaa. okay noted. tapi serious biliknya nampak selesa dan luas. event family anak ramai pon boleh sumbat satu bilik nie. tak pernah lagi menginap kat sini, one fine day kalau ada rezeki nak singgah lah

    ReplyDelete
  2. Baru sedar, kta dah lama tak pergi Port Dickson rupanya. huhu. Cuti sekolah nanti2 boleh masuk list jugak la. Asyik pegi belah utara gak je jalan2, skali skala turun bawah lak.

    ReplyDelete
  3. patutlah hotel tu macam familiar, rupanya dah pernah dah ke situ tahun 2011. masa stay dulu tu takda pulak problem2 mcm ni. Masa stay situ dulu yg paling best mandi dekat swimming pool. hehe

    ReplyDelete
  4. Time sebegini la best bercuti kan - kekadang tu percutian singkat yang akan membantu menaikkan semangat untuk menghadapi hari-hari berikutnya. I think I need a vacation too.

    ReplyDelete
  5. Simple je penginapan tu tapi, the view very WOW ! harap-harap tahun ni saya ada chance to visit PD pulak. Sebenarnya, dalam negara ni pun banyak lokasi menarikkan.

    ReplyDelete
  6. wah bestnya bercuti port dickson, dpaat pula bilik panorama memang wow gittu
    Zul selalu inap di Homestay Bonda, dapat rasa suasana kampung.

    ReplyDelete
  7. Nampak lawa ja bilik hotel ni. Selesa tapi ada pesanan penaja pulak hahahaha. Menu nasi daging nampak sedap la kak

    ReplyDelete
  8. cantiknya pd sekarang ni. lama tak pergi jalan-jalan ke sana. suka betul kalu datang pd tengok sunset kat tepi pantai tu. bilik hotel pun boleh tahan luas selasa ya

    ReplyDelete
  9. Asyik berjalan aje ye. Syoknya. Walaupun dekat2 je tapi moment2 yang kita spent dengan insan tersayang tu yang penting.

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat bercuti satu keluarga macam ni kita pun teringin juga tapi tak ada keluarga lagi hehehehe Port Dickson pun dah lama tak pergi walaupun tak jauh mana hehehehe nak pergi tidur sana dan cari makan sana banyak...

    ReplyDelete
  11. Bestnya sesekali pergi bercuti. Teringin nak pergi bercuti, then dapat bilik yang best viewnya bila buka pintu sliding. Tapi buat masa ni dalam mimpi pun tak sampai lagi. Hehe

    ReplyDelete
  12. Wah seronoknya bercuti kat Port Dickson ye .Sesekali bercuti relese tension memang bagus. Walaupun orang PD tapi tak pernah pun menginap dekat PD .

    ReplyDelete
  13. Bestkan bila hotel dekat pantai boleh jalan2 kat tepi pantai. I pernah menginap kat sini satu masa dulu. And fasiliti dia not bad juga

    ReplyDelete
  14. Nad pernah duduk Avilion.. Mmg best.. NaN avillion pd.. Bestkan dapat cuti sini walaupun dekat. .Tebgok laut.. Haishh. Nak kene bercuti ni..

    ReplyDelete
  15. tak pernah sampai lagi PD selalu plan tak jadi. Anyway lawa hotel ni nama macam familiar selalu dengar

    ReplyDelete
  16. Lamanya tak pergi PD. Bila baca entry ni rasa nak gi bercuti je hahah nak dpatkan ketenangan

    ReplyDelete
  17. Pernah stay kat sini beberapa tahun lepas. Dah lama dh rasanya tak ke Port Dickson ni. tetiba rasa macam nak ke sana lah nanti

    ReplyDelete
  18. Bestnya, nanti kalau ke PD boleh laa bermalam disini. Sekali sekala bertukar angin

    ReplyDelete
  19. Best juga, sometimes i feel like go for a short vacation like stay in hotel for night in outstation. Port dickson is nearest beach to KL.

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts