Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, January 25

Ke mana kita ni...Sunway Lagoon jom....

Negara kita Malaysia ni kan sangat sinonim dengan cuaca panas sepanjang tahun dan juga persekitaran yang lembap. Jadi mesti kita nak mencari tempat mandian ataupun makanan yang sejuk bagi menyegarkan kembali tubuh kita kan? Jadi jika anda semua wondering any places to go in Malaysia, Sunway Lagoon lah tempat yang paling sesuai! Sunway Lagoon dah lama famous dan tak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi bagi you alls yang baru first time dengar pasal Sunway Lagoon ni, ia adalah sebuah taman tema yang terletak di Bandar Sunway, Selangor. Zaman muda-muda (eh sekarang tak muda ke? 😀😀😀) dulu memang tak banyak taman tema kan?. Sunway Lagoon ni kira glamour la kat area berdekatan Petaling Jaya ni.
Credit : Sunway Lagoon

Dah lama Sunway Lagoon ni dah dibuka, sejak dari April 1993 lagi. Taman tema ini bukan sahaja luas ya amat, tapi juga sudah memenangi banyak anugerah antarabangsa. Menang tarikan terbaik Asia pula selama empat tahun berturut-turut (2007 sehingga 2010). Sunway Lagoon sebelah je dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid yang kalau anda perasan ada patung Singa besar depan tu. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak. Yang bestnya, Sunway Lagoon ni boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway Hotel. Anda boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Lepas dah beli tiket, anda akan dapat gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.

Credit : Sunway Lagoon

Ok apa yang best di Sunway Lagoon ni? Mulai perjalanan anda dengan melalui Pintu Gerbang Nickelodeon Lost Lagoon yang akan membawa anda ke dalam taman kemanusiaan lama yang diliputi tema hutan hujan. Sekarang bersedialah untuk basah dan mengalami pengalaman mengujakan sambil menikmati pelbagai tarikan di taman ini. Ianya ibarat taman fantasi yang dipenuhi air terjun, perjalanan kanopi, air terjun cantik, dan tempat perkhemahan. Tanah selebar 10 ekar ini mempunyai lebih 12 susuran dan penuh tarikan hiburan keluarga. Atasi kehangatan tropikal umpama dalam air di Afrika di Sunway Lagoon Water Park. Anda boleh menaiki pusingan berpusing Sawa Afrika, berlumba dengan rakan di Congo Challenge. Selain itu anda juga boleh memanjat Cameroon Climb dan turun menjunam 15 meter untuk kembali melantun 8 meter. Ianya sesuai untuk tua dan muda. Kalau anda tak nak basahkan diri anda tapi still nak jalan-jalan di Sunway Lagoon, Taman Permainan di sini juga ada tawarkan pelbagai pengembaraan yang menarik. Enjoy pemandangan yang indah melalui jambatan bergantung terpanjang di Malaysia dan lihat dunia dalam keadaaan terbalik di Tomahawk and Pirate’s Revenge. Satu lagi tarikan di Sunway Lagoon adalah sebuah zoo yang mana anda mampu melihat lebih 150 spesis haiwan seluruh dunia. Jadi jangan lepaskan peluang untuk ke Sunway Lagoon Wildlife Park! Untuk memenuhi kemahuan adrenalin anda, anda boleh juga try sukan ekstrim di taman ini. Lengkapkan diri bagi tujuan aktiviti Flying Fox terpanjang di Malaysia dan pasti anda akan menjerit sekuat hati dari ketinggian hebat melalui Lompatan Bungee. Terdapat juga sukan lain seperti Go Kart atau ATV, sebagai sukan alternatif di sini.

Credit : Sunway Lagoon

Kalau anda cukup berani, anda boleh cuba masuk ke dalam rumah hantu Lynton V Harris’ Scream Park. Siap sedia untuk alami perasan seram sejuk suasana disini. Berhati hati kerana ianya bukan tempat untuk orang yang lemah hatinya! Jadi apa tunggu lagi?Anda boleh beli tiket secara online di Sunway Lagoon online booking. Ok nak share sedikit tips untuk anda sebelum nak datang ke Sunway Lagoon ni, Makan dulu sebelum datang, sebab makanan di sini, adalah sedikit mahal. Kalau boleh plan untuk datang pada hari Selasa atau Rabu, sebab harga tiket jauh lebih murah, dan pengunjung pun tak seramai hujung minggu. Last sekali, ambil loker yang besar, sebab rugi kalau loker kecil tak muat isi semua barang anda.


So apa tunggu lagi? Jom la Sunway Lagoon!

18 comments:

  1. seronoknya. lama tak sesana. last masa zaman uni hehe dengan kawan2..

    ReplyDelete
  2. I last went to sunway lagoon was last year i think. It is a nice place to have fun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya and now double the fun with all the new attraction open to public.

      Delete
  3. Wahh Sunway Lagoon! Nampak menarik. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  4. It's been so long since I've been to Suwnay Lagoon, last time I was still in high school, now they added more fun to it

    ReplyDelete
  5. Sunya lagoon....satu2 nya themepark yg popular dimalaysia era 90an...iajuga pelopor themepark di malaysia n yg terawal pembukaannya....mmg best kalo dtg sini...mcm2 ada

    ReplyDelete
  6. I dan anak2 paling suka ke sini. Tapi tix dia agak pricey still sgt berbaloi kalau main dari pagi sampai ke petang heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab tiket pricey tu I setuju. Dengan harga macam tu banyak benda boleh main kat situ.

      Delete
  7. wah salah satu tempat wisata yang ingin kami kunjungi jika bertandang k malaysia, sprtinya nice placce untuk family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika liburan di Malaysia, jangan lupa ke sini ya?.

      Delete
  8. Best gi sunway lagoon tempatnya luas, puas hati klu bawak family tp tiketnya mahal

    ReplyDelete
  9. aida gi dulu time blaja kat U.
    dgn geng geng anak dara :)
    dgn anak2 lom lagi melepak bersuka ria di sunway lagoon. pasti best!

    ReplyDelete
  10. Sunway Lagoon ni memang ada daya tarikan tersendiri. Walaupun ada je banyak taman tema kat luar sana. Sunway lagoon masih kukuh dan ada pengunjung tersendiri.

    ReplyDelete
  11. Kalau beli tiket under name kite, boleh ke tiket tu kawan kite gune

    ReplyDelete