My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Ada apa dengan La Gourmet?

Kebetulan saya duduk depan TV. Pernah la menonton Go Shop ni tapi tak pernahnya ambik port. Sekali...penangan La Gourmet yang ni saya memberikan sepenuh perhatian. Tu diaaa....La Gourmet ni made in USA dan dah 30 tahun kat pasaran dah. Maknanya memang dah lama la La Gourmet ni kat pasaran. 

Apakah barangan yang dijual ni ye?. Nanti saya akan bagitau harga 3 barang ni. Nama set ni La Gourmet Trio Set. Didatangkan dengan :

1. La Gourmet Food Jar 0.5 L
2. La Gourmet One Touch Tumbler 0.35 L
3. La Gourmet Sport Bottle 0.5 l

Harga asal semua ni dalam RM300++ tapi dalam Go Shop hanya RM188. Tapi bukan dapat 3 barang ni je tapi ada free gift juga. Dapat lagi barang-barang ni....

4. La Gourmet 2 Tier Lunch Carrier.
5. La Gourmet 3 Tier Lunch Carrier.

Credit : Go Shop

Credit : Go Shop

Apa lagi, terus ke website Go Shop la. Saya baru pertama kali log in jadi kena create account la kan. Memang saya tak fikir panjang dah. Harga RM188 dapat 5 barang. 

Paling best dalam food jar tu, u masukkan beras, bahan2 lain untuk buat bubur nasi kemudian masukkan air panas mendidih tu kemudian tutup. Dalam 1 jam ke 2 jam, bubur nasi dah sedia untuk dimakan. Masa review tu Sharifah Shahirah dan lagi seorang tu masukkan beras, labu dan ayam (dipotong kecik2 dan belum masak) ke dalam food jar kemudian masukkan air mendidih dan tutup penutup food jar tu. Biarkan 1-2 jam. Wahhhh dah masak la bubur nasi tu bila dibuka penutup tu. Kat atas food jar tu pun ada disediakan sudu juga. Memang menyenangkan la. 

Panas dalam bekas-bekas semua ni pun sehingga 8 jam jadi kalau masuk dalam food jar tu tapau dari rumah....time nak makan pun masih panas lagi. Ais pun kalau letak dalam tumbler tu pun boleh tahan lama walaupun diletakkan tumbler tu dalam air yang mendidih. Wahhhh wow sangat la boleh keluar ais seketul seketul lagi walau dah soak tumbler tu dalam boiling water. 

Marketing Go Shop ni baguih la sampai saya pun terpengaruh nak beli. 😝😝😝 Ini bukan cobaan, ini benar benar kejadian. Tak tau ada lagi ke tak sebab ada sekali tu bila nak beli dah takde, kali kedua click boleh beli pulak sebab ada masa kat atas product ni tau. Kalau masa tamat dah tak boleh beli lagi. 

Minat gak ke?. Nak saya bagi link Go Shop ni. Selamat membeli belah.....😃😃😃



***Barang tak tiba lagi tapi berbaloi la beli sebab warnanya pun sweet sangat. Ni barang yang saya beli bukan blog review pun ye...😎😎😎.

Comments

  1. La Gourmet ni mmg ramai suka buat koleksi! Mouse mommy pun suka, sbb produk ni berkualiti dan dpt mengekalkan suhu makanan. Best!

    ReplyDelete
  2. I really love this brand.. I'm using this one... Can be used for so long very tahan lama.. hehehhee... Love it..

    ReplyDelete
  3. aiyoo.. why the colour so cute one!! i like!!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. ya Allah cantik nya warna dia ! warna lembut macam ni memang favourite airah. memang kena beli la ni

    ReplyDelete
  6. Dulu BC xnk tgk go shop...tp sekarang dh terminat plak rancangan tu....ada juga membeli kt sana....seronok beli barang kt go shop ni sbb dpt extra gift...yg extra gift pn bkn barangan murah....barangan berkualiti jgk....jom kita p shopping kt go shop...

    ReplyDelete
  7. bookmarked!!, I love your blog!

    ReplyDelete
  8. Baru tau pasal la gourmet.. Lawa pulak tu warna dia.. Memang memudahkan kita nak bawak bekal dengan makann masihvpanas, air masih sejuk atau panas. .Syok macam nni.. Murah pun ye.. Go shop memng berhantu.. Ehhehe

    ReplyDelete
  9. Ya ampun awak, cantik gila La Gourmet ni. Harga dia mahal gakkan, tapi berbaloi untuk dibeli ❤️

    ReplyDelete
  10. Go shop memang tau! Dia punya penyampaian tu kemain menggoda sampaikan kita terjadi beli. Hahaha! Pernah juga kami suami isteri dok beli pressure cooker dkt go shop. Tapi memang berbaloilah! High quality juga diorang offer. Good one product ni kan. Tahan panas 8jam. Memang kalau bawa mana² , masih boleh makan dlm keadaan panas. Syok habis!

    ReplyDelete
  11. Kuat betui pengaruh goshop kan. saya pun kalau tengok goshop rasa membuak-buak nak beli. Sebab harga yang depa tawarkan memang murah dari pasaran. Macam La Gourmet ni kalau ikutkan mahal kan.. selalu nampak kat AEON.. hehe

    ReplyDelete
  12. Ini yang buat Rawlins pun teringin nak beli - murah sangat tu dapat 5 barang untuk less than RM200. Boleh la digunakan bawa bekal ke office kan. Ok lah. Nak jengok la kejap lagi.

    ReplyDelete
  13. wow so cute warna dan bentuknya, dimana saja bisa dapatkan produk berkaulitas ini?

    ReplyDelete
  14. Hahah pompuan mmg suka benda2 camni pulak2 bila dah ngadap go shop tu kannn..kte pun kemain terliur ni ha

    ReplyDelete
  15. Kita mmg suka sgt barang la Gourmet ni. Dah la smart2, tahan lama pulak tu. Yang baru ni sweet sangat design dia lahh. berkenan betul tengok!

    ReplyDelete
  16. wow...harganya agak murah dan untung kalau beli. Lagi pula, brand ni memang dah terkenal dan diakui terbaik !

    ReplyDelete
  17. Memang pun kalau tengok Go Shop mesti akan terjebak nak beli. Marketing dorang memang menarik yang penting dorang buat demo depan kita. KIta confident nak beli kan

    ReplyDelete
  18. Cantiknya koleksi La Goumet ni..tengok terus jatuh cinta. Tak pernah lagi ada produk mcm ni..nampak gaya kena gak beli ni :)

    ReplyDelete
  19. wow first time dapat pendedahan ttg jenama la gourmet ni. semenjak jadi mak2 ni saya dh mula rasa "eh kenapelah menarik sgt bila tgk dkt mall barang2 dapur, pinggan mangkuk, tuppurware2 dan seangkatan dgnnya". lagi2 yg berjenama, berkualiti dan comel mcm la gourmet ni.. Rse nak beli pulak. haha

    ReplyDelete
  20. hahaha i heard of this brand before, but not from tv, from those like giant or jusco, where you have to purchase, collect sticker, then top up with some money to buy their utensils! haha

    ReplyDelete
  21. wow cantik gila bekas bekas makanan ni.. patut beli juga satu set juga kan, semangat husband ngan anak nak makan masa kat sekolah dan ofis..nampak berkualiti tapi kalau macam anak I pakai tupperware murah murah dah la... seram kawan kawan jellyfish tengok nanti hahaha... bagus wat bento ni..

    ReplyDelete
  22. menarik ni, ezna.
    jenama otai. da lama. rasanya semua kenal jenama ni.
    ada class nyer tersendiri. kalau travel pun berguna ekk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts